19 August 2006

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 July 2016

~ Dear Ms Grumpy~

Hello My Dear Ms Grumpy,

Hari ni genap 2 bulan U tinggalkan kami.. Tinggalkan Orang-orang yang sangat sayang pada U.. tau tak ramai rupanya yang sayang kat U.. betol cakap U.. U memang terhangat di pasaran.. U kan limited edition. bluwerrkkk.. hahaha.. Baru 2 bulan U tinggalkan dunia ni.. Tapi rasa rindu tu macam dah 2 tahun U tinggalkan kami.. Demn!!! Maybe 2 tahun lagi, i dah ikut U fly fly fly away.. Tapi kan kalau jumpa nanti tak mo la main tendang-tendang.. terajang-terajang.. sepak bagai.. tamo tamo tamo... kte main sep sep sep tom tom tom hokay.. I janji i tak hentak pale u, kalau U janji tak cakar muka i.. Muka oiii.. muka tuu.. aset i hokay.. huhuhu.. i will see u soon Cik Grumpy.. just stay there.. i jugak akan ke sana one find day.. I doakan u bahagia kat sana.. dipermudahkan urusan U disana.. diampunkan segala dosa-dosa U disana.. ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. in shaa Allah.. u baik dengan semua orang.. kan Janji Allah Itu Pasti.. sayang u Cik Grumpy.. i misz u demn much!!! muaahhhhhhh cikeddd..

Ikhlas,

Puan Kepala Batu

Hugs and Flying Kiss For U.. 

Assalamualaikum.. 

27 June 2016

~Selamat Tinggal Sayang~

Assalamualaikum.. Hollaaa... Im back!!! Lamanya Ome tak update en3 Ome ni.. pejam celik pejam celik, rupanya hari ni sudah 22 Ramadhan.. Maknanya hampir sebulan, semua umat islam berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun 2016.. Untuk tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya jua, Ome mohon daripada Allah agar Ome dan En. Suami diberikan zuriat yang sempurna fizikalnya, zuriat yang soleh mahupun solehah, juga diberikan keampunan dariNYA dan menerima ibadah Ome pada tahun ini.. Aamiin Ya Robalamiin..


Dan hari ini juga, tanggal 27 Jun 2016 genap sebulan arwah meninggalkan kami.. ya.. sahabat dunia akhirat.. Siapa masih ingat Ome pernah story mory kat sini pasal sakit arwah 2 bulan lepas.. Ome dan bowdigat fly ke Kota Kinabalu untuk hantar ubat-ubatan tradisional.. tapi apakan daya.. Allah lebih sayangkan arwah.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk arwah.. Sudah tertulis, pada 27 Mei 2016, Zubaidah Mohamad Ali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Johor Bahru.. Ya.. Arwah sempat pulang ke negeri kelahiran di Johor Bahru.. Ome redha.. Ome terima takdirNya.. tapi Ome sedikit terkilan kerana Ome tak sempat jumpa arwah untuk kali terakhir.. Ome dapat tahu daripada adik arwah, jam 9.00 pagi arwah meninggal.. sebak.. sedih.. pilu.. hanya Tuhan je yang tahu.. Ome hanya sempat jumpa dia di Hospital KK sebelum dia terbang pulang ke Johor Bahru.. Ome dah janji pada dia, Ome nak jumpa dia di JB.. tapi perancangan Allah, siapa kita nak menidakkanNYa? sampai ke hari ni, Ome masih lagi cuba untuk mengingatkan diri Ome, bahawasanya arwah telah meninggalkan kami.. Meninggalkan keluarga tercintanya.. Meninggalkan kawan-kawannya.. Meninggalkan orang-orang yang sangat menyayanginya.. Allah.. Allah.. Allah.. Aku Mohon padaMu.. "Kau Ampunkanlah dosa-dosanya Zubaidah Bt Mohamad Ali.. Kau tempatkanlah dia di antara kalangan para solihin.. Kau lapangkanlah kuburnya Ya Allah.. Kau terangilah cahaya kegembiraan dalam liang lahadnya.. Temukan aku dan dirinya di JannahMu ya Allah.. Lindungilah dia daripada azab api nerakaMu.. dan Tempatkan Zubaidah Mohamad Ali di Syurga FirdausMu.. Aamiin.. Aamiin Ya Robalalamiin.."


Salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Banyak kenangan yang akan disimpan rapi sampai akhir hayat Me.. I rindu U Joon.. I sayang u dunia akhirat.. Damailah disana sayang.. Jumpa u di syurga firdausi.. Sayang kamu.. Sayang kamu.. Sayang kamu.. -Alfatihah-




05 May 2016

~ Happy Birthday To Me #3series ~

Holla.. Assalamualaikum.. wuwuwuuwuw.. Seperti tahun-tahun sebelumnya.. 5 MEI ialah tarikh keramat.. Oleh itu, En3 kali ni nak, Ome nak wish untuk diri sendiri.. Boleh? hahaha..

Happy Birthday To Me 
šŸŽ¶šŸŽ¤

Happy Birthday To Me 
šŸŽ¤šŸŽ¶

Happy Birthday To Meeeeeeeee 
šŸŽµšŸŽ¶šŸŽ¼
šŸŽ»
šŸŽ·
šŸŽ¹
šŸŽŗšŸŽø

Happy Birthday To Me šŸŽ‚
šŸŽšŸŽˆ
šŸŽŠ
šŸŽ‰



Siapa nak bagi kek cenggini kat Ome? serious dalam banyak-banyak wish, pic ni paling Ome suka.. so Me sangat.. Perempuan dan Make Up tidak boleh dipisahkan.. hahaha..

Selamat Hari Lahir Yang Ke-30 Farah Syuhaidah Aminuddin! Semoga terus tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan dariNya.. Semoga terus diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi hari-hari mendatang.. Semoga sentiasa diberikan peluang berbakti kepada orang tuanya.. Kepada keluarganya.. Dan semoga menjadi sahabat yang baik kepada sahabat-sahabatnya.. Semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah.. Semoga mendapat kegembiraan di dunia mahupun di akhirat.. Dilapangkan dadanya.. Diperluaskan rezeki-rezekinya.. Diberikan kesihatan yang berpanjangan.. Dicintai nabi dan rasul-rasulnya.. Dan Yang penting semoga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah bila di akhirat kelak.. Allahuma Aamiin.. Happy Birthday to Me! 
šŸŽ‰
šŸŽŠ
šŸŽˆšŸŽ
šŸŽ‚
tšŸ˜˜šŸ˜


Terima kasih pada semua yang telah mendoakan Me dari sebelum birthday Me.. siapa lagi kalau bukan my bowdigat kan.. Awal-awal dia dah celebrate birtday Me.. seminggu sebelum birthday.. katanya takut nanti time birthday Me, bz celebrate dengan family bagai.. takut tak sempat.. alololo.. tacing sungguh.. Thank you muuu..  And sehingga la ke hari ni, ke saat ini, dan masih menunggu lagi kalau-kalau ada yang masih nak wish birthday Ome.. Terima kasih sangat-sangat atas doa-dao yang dipanjatkan.. Semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa kalian.. doa-doa kalian akan Ome simpan sampai akhir hayat Ome.. Terima kasih buat ibu ayah yang melahirkan.. Suami yang menerima diri ini seadanya,  adik-beradik Me yang dari kecik sampai la dah tua ni sentiasa panjatkan doa untuk Me, keluarga mentua, sahabat-sahabat, teman-teman rapat, kawan-kawan dan semua yang mengenali diri ini.. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Yang Maha Esa.. Terima kasih semua!!! sayang uols ketat-ketat.. muahhh cikeddd ..

Thank you bowdigat.. time ni Me ada kursus perniagaan.. Bowdigat teman Me.. agknya dia boring dok bilik hotel tu sorang-sorang.. time ni la dia wat keje dalam bilik hotel.. Ome masuk-masuk je bilik tengok.. surprise!!! gilak!!! ko tua kan haku sebelum waktnya ye.. hahaha..  Thank you mu.. memang hat ni memang surprise giler.. mereng sambut birthday orang awal-awal.. ko dah kenapa? hahaha.. 

To En. Husband.. Terima kasih untuk surprise gift yang so suwittttt.. hahaha.. Surprise gilak!! Dalam kotak kepci ade ipong oii! Hahaha.. Patutla malam tadi tak wish.. Tido awal.. Balik-balik Siap hantar lunch kepci! Thank you En husband.. Ni hadiah untuk naikkan sale jugak kan? Strategi marketing untuk bussiness ya En. Hubby.. hahaha.. Baik! Akan ku gunakan sebaik mungkin.. Thank you En hubby! Thank you.. I love U!!! Muahh cikedd.. Yaa.. Inilah En Husband Me.. Bukan sejenis yang romantik all the time tapi ada masa he will be a romantic person setahun sekali.. Terima kasih En. Tarmizi Bin Abdullah.. Terima kasih untuk segalanya.. yeahakk.. lepas ni boleh selfie depan cermin.. now i can feel user iphone yang suka selfie depan cermin.. hehehe :p

Hat ni jangan cakap la.. tak pernah abad pakai ipong.. huhu.. tacing giler.. yang kelakor wraping pakai kotak kepci ye hubby.. suwitttttttnyeee.. haha..

Terima kasih Allah.. atas kasih sayang orang sekeliling Me.. Im blessed! salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!! * Zubaidah Binti Mohamad Ali.. Di hari jadi i, selain itu i doakan u diberikan kesembuhan penyakit mu.. Dilapangkan dada mu.. Diringankan sakitmu.. Dipanjangkan umur mu.. Diberikan kesihatan yang berpanjangan untukmu.. Diampunkan segala dsoamu.. Diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian dan dugaan dari DIA YANG MAHA ESA.. get well soon buddy.. wake up.. please wake up.. daaaaa #kbye




28 April 2016

~Get Well Soon Buddy~

Assalamualaikum WBT.. Saya sebagai seorang sahabat, memohon kepada yang mengenali Zubaidah Binti Mohamad Ali atau lebih dikenali sebagai Joon, Cik Joon, Jojo atau apa-apa nick name la yang uols bagi pada dia.. Mohon doa semoga beliau di ringakan beban dan ujian yang ditanggungnya.. Disembuhkan segala penyakit merbahaya, Dilapangkan dadanya, Diberikan kekuatan dan ketabahan pada dirinya, Di panjangkan umurnya, Di Ampunkan segala dosa-dosanya, Di luaskan pintu rezekinya dan Dijauhi dari anasir-anasir jahat jin, iblis dan syaitan laknatullah..

Allahuma aamiin.. 

Semoga dengan doa di antara kita semua, dibukakan pintu-pintu langit, dimakbulkan doa hambaNya.. terutama doa-doa yang dekat dengan dirinya.. doa-doa dari keluarganya.. Joon, I doakan U, diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menempuh dugaan Allah ini.  Semoga ada sinar harapan untuk U kembali ke pangkuan keluarga U dalam keadaan sihat seperti dulu.. Ceria seperti dulu.. Happy seperti dulu.. and "bengis" seperti dulu..  I doakan U sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Esa.. In shaa Allah.. sekiranya tiada aral melintang, I akan kotakan janji I untuk bertemu U pada sabtu ini.. Hang On Buddy.. I will be there soon.. Maaf tidak dapat terbang dengan lebih awal, atas kekangan yang tidak dapt di elakkan.. I harap I dapat kotakan janji I, untuk jumpa U..

Get Well Soon Buddy!!!!

Hold On.. See U there buddy.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Just Sit Back And See The Game! #kbye

#friendlyreminder


still tak boleh move on dengar lagu ni.. hahaha.. 

18 April 2016

~Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang Anjuran Usahanita Wilayah Kuala Lumpur~

Hollaaaa.. Assalamualaikum.. Panjang nyeeee title En3 kali ni kan kan kan.. hadowwww.. hahaha.. Weekend yang penuh dengan aktiviti! i loike!!! rasa macam rasukan ablasa.. dari start hari sabtu pagi sampai la hari ahad.. masa-masa terluang dipenuhi dengan aktiviti.. wooohhaa!!! Tapi yang peliknya tak rasa penat pulak.. Yup.. sekarang ni Ome amalkan Habatusauda.. ehhh.. bukan nak promote tau.. Ome x jual pun suppliment ni.. Tapi alhamdulillah sejak amalkan suppliment ni badan bertenaga.. tak caya?? hahaha.. tak caya sudah! try dulu baru tauu.. selain tu Ome ambil jugak jamu dari negara China yang pembekalnya Syarikat Besar Hi-O.. tenaga cenggini wei! alhamdulillah.. hihihi..


 sila hadam kan! #selfreminder

Yaww!!! Hari ni Ome nak story mory pasal Dinner anjuran Usahanita.. Dinner ni diadakan di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur.. Walaupun hakikatnya pagi sabtu tu Ome ada training dengan coach.. Training apa?? biarlah rahsia.. Untuk kesihatan yang sihat.. jom kte bersukan! hehehe.. Tapi serious.. Habissss satu badan, sendi - sendi, otot-otot ni rasa nak tercabut.. Balik dari training, bergegas pulak balik ke rumah untuk masak tengahari.. Kakak ipar dari Kemaman datang rumah sebab anaknya nak konvo di PICC.. balik-balik terus zaasss.. masakk! masak apa? simple je.. asam pedas telur ikan, ayam golek madu wuwuwuwuwu, ikan keli goreng dan kailan telur masin (ni bowdigat masak, Ome serender.. penat oi).. huhu..  Auuuuchh! telan air lettew.. keh keh keh..


159! Not My Lucky Number.. huhuhu... 

Settle masak, ingat sempat la nak ulit mimpi sekejap.. tapi nan hadowww.. jam 4.00 petang dah gerak g rumah mak andam.. mak andam? ewahhh.. mcm nak kawen kali ke2 pulak kan.. coiii!!! Disebabkan event ni bersama-sama usahanita-usahanita yang berkecimpung dalam perniagaan, takmo kalah kenalah make up jugak kan untuk dinner kali ni.. last Ome make up cenggini 10 tahun lepas.. time tu nak kawen.. kali ni make up sebab konon-konon nak nampak kebabom kebabas ala-ala Erra Fazira.. tapi nan hadoooowww.. hahahah.. Ade ke dorang cakap macam Amelina.. phewitt! Patutla malam tu rasa seperti Amelina.. asyik nak gelek je.. kah kah kah.. apapun, Ome suka make up kali ni sebab simple  jew (simple tak simple la 2 jam gak la tadah muka ni).. hahaha.. Ome puas hati! Kalau berminat nak ambil mak andam ni untuk sebarang event boleh hubungi nya di talian 017-6722004 Nurul Azieha.. comey lote mek ni wei.. mak andam ni selagi dia xpuas hati dia punya make up selagi tu la dia akan buat sampai dia sendiri puas hati.. gittew.. faham ke idak?? apa lagi?? contact direct la kan.. harga nya terbaekk dari ladang! just try~! hew hew hew..

Hye!!! Kte adik dengan Erra Fazira.. #kbye
OOTD katanya... pfftt..
Selfie Itu Penting.. Puas dah telek.. Takde Pun Macam Erra.. Sendu la cenggini.. huhu..

Malam tu dinner selesai jam 12 malam.. ingatkan nak balik awal.. Tapi apakan daya.. Rasukan ablasa menghantui kami malam itu.. tetiba rasa seperti menggamit memori silam uols.. hadow la.. e2pun nasib la ade sorang lagi kawan weols, tak dpt datang dinner ni sebab Family Day Ofis dia.. kalau dia ade??? hadoww.. hadooww.. matilanak.. Esk pagi bangun tidur mesti pengsan.. Rasukan Ablasa nya lagi hebakk.. hahaha.. e2pun malam tu, Ome dengan Elly dah di cop most wanted! halaa halaaa.. sampai la bowdigat Me, yang Me ingat keras kematu tu?? puihhhh!!! lembik lentuk mu ye.. kemahennn.. cairr me tengok dia gelek.. kah kah kah.. yang pasti bowdigat me pun make up uols.. make up sendiri je.. cantik muuuuu.. Me rasa dia make up lagi cantik dari Me.. jojes!!! suwittt.. cair kte wakkk.. rasa nak pitam.. Walaupun bowdigat Me moody, tak de hati nak pergi.. tapi sebab Me, dah beriya.. tempah baju.. tempah make up.. beli tudung.. gara-gara nak vasss kevavass katanya.. halaaa halaaa.. bukan selalu pun boleh kebabom cengini kan.. tak hengat donia masing-masing.. Tq Mu.. sebab Mu teman Me, Mu dapat bawa balik hadiah cabutan bertuah kan kan kan.. seee... hampeh kan.. bowdigat Me yang  dapat hadiah? Me??? hahaha.. jangan di tanya Me dapat apa.. siangnya dah kena lanyak dengan coach.. padahal dah sakit otot-tot sendi-sendi, malamnye kena lanyak pulak kaw kaw dengan kakak-kakak divasss... hadoww hadoww.. nak video? tak payahh.. kang ada yang pengsan.. ada yang juling tengok.. kang ada yang tak tidur malam.. cair weii .. cair.. hahaha.. Esok pagi, bangun tido, Ya Allah.. satu badan sakit.. rasa nak tercabut otot-otot sendi-sendi ni dibuatnya.. hamikkk!!!! Rasa-rasa 1000 kalori dapat di lupuskan dari badan ni.. kah kah kah..


Tara!!!! Kacak tak bowdigat Me? wuwuwuuw.. nak sign di dada.. hahaha..
Kacak Vs Handsome? ehhh #kbye
The Divasss!

Serious dinner tu adalah dinner havoc yang Ome pernah pergi.. tarian hindustan? goyang dumang? joget lambak? poco-poco? hahaha.. seme ada.. siap kena tarik menari pun ada.. hadoww.. hadoww.. penghabisan lagu goyang inul plak.. dah macam kat konsert.. penyanyi? rasa-rasa? hahaha.. ni semua gara-gara Eleyna Khazali!!! x kira!!! jangan di hajakkk akak ni wei.. pantang nampak Microphone! biarlah suara tak sedap pun.. hahaha.. Salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! *nexttt!!! Tournament Bola jaring pulak weii.. Lama dah tak terbang-terbang ni.. Tenaga! Tenaga! Malam ni training tyre.. mari kita sihat cargas!!! Himnae!!! daebak!!! #kbye


Sahabat Gonjeng.. shhy.. Puan Eleyna Khazali.. otai masih berbisa.. ko hade? haha..
Black & Gold.. Tema Untuk Usahanita Putrajaya..


17 April 2016

~Family Day Omar & Saodah~

Assalamualaikum.. Wiwiwiwiiw.. Omeanat In The House Yaww! hehe.. Lama jugak kan Ome tak bebel - bebel kat sini.. Tapi hari ini Ome nak story mory pasal Family Day Keluarga Besar Ayah Ome di Damar Suria Resort, Kampung Gong, Pengkalan Balak, Melaka.



Last weekend adalah Bonding Time with My Love Patzi.. Tapi sayangnya last minute, adik Ome yang ketiga tak dapat ikut sebab kerja.. Operasi katanya.. di Agensi Anti Dadah.. Malam keje.. Siang keje.. hadoww laa.. SYMP katanya ya.. 

Selfie!!! #Kbye

Weols gerak hari Sabtu tengahari.. Disebabkan setiap keluarga perlu bawa lauk (pot luck) jadi, Ome decided bawa ayam kampung golek madu wawawwawaw!! yes!! Resepi pakai boh je.. asal ade katanya.. yang penting Feedback! Makcik Ome kata ala-ala Kenny Rogers.. hahaha.. Ada ke kakak Ome cakap Ome beli ayam tu.. hampesss.. Dia pun ingat Ome beli ayam tu.. helloo!!! pagi-pagi bangun tido, terus ke dapur hokay.. kung kleng kung kleng.. siapkan sarapan pagi.. tengahari tu baru gerak ke Melaka.. Bowdigat pun suh repeat.. katanya terngiang-ngiang.. ewahhh.. ye ke ni bowdigat.. hari tu xpuas makan eh.. dap eh ? eh? wuwuwuwuw.. 

Kesayangan Dunia Akhirat

Hari pertama kami anak beranak just chillax2.. Masing-masing menghabiskan masa bersama keluarga.. The best part is, disebabkan 80% challet situ kami konker, jadi swimming pool tu pun penuh anak beranak kami je.. orang lain gigit jari la.. anak-anak buah memang dari sampai sampaila ke maghrib habis kecut-kecut satu badan.. baru sedor diri nak naik.. e2pun dah hampir senja.. sabor ajelah.. lepas solat berjemaah.. bacaan yaasin untuk arwah Opah dan Atok, Pakcik-Pakcik Yang telah kembali ke rahmatullah.. Walaupun kali ni ade sekeluarga adik ayah yang tak dapat join, kami tetap bergumbira.. Nak buat cemana kan.. Semua perancangan Allah adalah yang terbaik..

Wajib la kena ada baju family.. hehe :D

Bonding Time!!!
Malam tu pulak ada pertandingan Karoeke.. Juri-juri tetap antaranya my bowdigat.. Yer, disebabkan rumah mama papa bowdigat dekat sgt dengan penginapan kami, bowdigat di jemput untuk jadi juri jemputan pada malam karoeke.. Bukan takat sepupu sepapat je yang pulun karok, kali ni pakcik makcik Me pun join hokay.. termasuk Ayah Me.. hahaha.. selama hampir 30 tahun Ome hidup, 1st time Ome dengar ayah karok.. lagu Oh Fatimah ditukar versi jadi Oh Zaharah.. Khas untuk ibondaku tercinta.. Puan Zaharah Ahmad... hahaha.. I love U Aminuddin Omar!!!


hahaha.. daddy oh daddy! u made my day.. abaikan suara latar belakang yang macam kak ponti gelak tu ye.. excited bila tengok my daddy nyanyi.. hahaha.. 

Hari seterusnya bermula la sukaneka yang ditunggu-tunggu.. dah nama pun Family Day kan.. wajib la ada sukaneka.. hahaha.. jangan cakap la macam keadaan kami anak beranak kan.. Challet tu penuh dengan anak beranak kami je.. Alhamdulillah.. Family Day Tahun ni berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan kami.. time-time gini je dapat berjumpa sanak saudara.. semoga ikatan dan ukhwah yang terbina sehingga akhir hayat kami.. Allahuuma Aamin..

Wefie!!! ehh.. Family Potret! hehehe :D.. sayaangg semua!!

All my sayangess

Salam sayang teramat sayang... KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Jangka masa pendek.. Jangka masa panjang.. Banyak yang perlu di fikirkan.. Apapun Mari Hidup Sihat!!! Himnae!!! Daebak!!!




25 March 2016

~Welcome Home Bowdigat~

Hollaa.. Assalamualaikum.. Salam Jumaat Yang Penuh Barokah.. Masih diberi kesempatan untuk terus berada di muka bumi Allah.. menghirup udara segar dan dibekalkan dengan oksigen untuk terus bernafas.. nikmat apa lagi yang perlu didustakan.. kan kan kan.. Semoga hari jumaat yang mulia ini, kita diberikan kekuatan dan kesabaran dalam meniti perjalanan sebagai hambaNya..  Allahuma Aamiin.. 



Yeahhh! Alhamdulillah.. bowdigat Me selamat pulang ke tanah air pada jam 1 petang.. Rindu gilak wei.. almaklumlah.. Bila dua minggu bowdigat takde disisi, jadi rindu pulak.. bila ada depan mata, gado tetap gado.. kadang-kadang.. hahaha.. e2lah orang dulu-dulu pernah kata.. bila dekat bau taik.. bila jauh rindu-rinduan.. tapi kteorang gado takdelah sampai bertumbuk bagai.. chill chill.. wat lex wat pis la kan.. adat la.. mana ada orang tak bergado.. suami isteri pun kadang-kadang bergado.. apatah lagi sahabat.. hehehe.. Yang penting bowdigat Me selamat landing di Malaysia.. Welcome Home Bowdigat!!!! *hugs ketat*

Bowdigat Me! Hye awaa! Welcome Home :D

Bowdigat punya bahagian dah lepas.. lepas ni in Shaa Allah kalau tiada aral melintang, turn Ome pulak.. bila dengar cerita-cerita dari bowdigat sepanjang dia disana, hati ni meronta-ronta nak ke sana jugak.. Bowdigat kata, sepanjang kat sana tenang je jiwa.. Rasa macam tak mo balik.. Tak puas berada di rumah Allah.. Tak puas beribadah disana.. Allahuakhbar.. Sesungguhnya Allah SWT sebaik-baik perancang kan.. 


So, lepas ni kalau uols nak g umrah, ada je duit, cepat-cepat pergi k.. Ome pun rasa dah tak sabar nak ke sana.. Setiap manusia ada bahagian masing-masing.. Kita sebagai hambaNya perlu redha dan ikhlas dengan setiap takdirNya.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Tak perlu nak judge orang lain.. Fikir diri sendiri.. Cermin diri tu sendiri.. Boleh? #kbye




16 March 2016

~POWER OF BESTFRIEND~

Selamat Hari Setiausaha!!!!
chia chia chia!!!

Hollaaa.. Assalamualaikum.. Taaaraaa!!! Hari ni nak selfie sikit.. Walaupun bukan Hari Setiausaha, walaupun Me dah mok mok (nanges tepi bucu katil).. Walaupun pagi-pagi dapat message yang menyakitkan dan menyempitkan sanubari.. ADE ME KESAH????? Pfffttt..

Keep Calm and Smiling Omenat!!!!
Allah Maha Mengetahui..
Dialah sebaik-baik perancang.. Terima kasih Allah :D

Sebenar-benarnya Me nak story mory pasal kejutan dari sahabat-sahabat ting tong Me.. al-kisahnya, kelmarin me rasa down sangat.. perasaan yang dah lama Me pendam bertahun-tahun.. perasaan yang sudah lama Me tak rasa.. perasaan yang Allah sahaja yang tahu.. jadi, disebabkan rasa down tu, terjadilah kisah tacing menggila dibuatnya hari ini.. Dikala bowdigat berada di kejauhan.. agaknya dua orang manusia ni yang dinamakan sahabat ni, mainkan peranan 'bowdigat' sementara bowdigat Me berada jauh nun di sana.. Allahuakhbar.. Patut la semalam beriya benar tanya alamat ofis.. konon-konon bos nak tau katanya ye, Puan Shazila Norbati Binti Zaini!!! yang sorang ni lagi plak dok puji-puji Me pagi-pagi.. cistat betul, Siti Zuriha Binti Marzuki !!! nasib baik ME tak nanges guling-guling depan brader macho tadi tau.. hahahatuih!! #hugsketatketat

Bowdigat!!! Bety dan Rynn Hantar Cekelat!!! Me tacing!

Anyway, thank you korang.. thank you Bet! Thank you Rynn!! Allah sahaja yang dapat balas kebaikan kalian.. Aku tau, aku jenis manusia yang jarang nak kongsi perasaan aku pada korang.. Bukan aku tak mahu.. Bila korang tanya, baru aku jawab kan.. Sorry ye korang.. Bukan aku tak mempercayai korang.. Tapi kadang-kadang aku fikir, masalah dan tanggungjawab korang lagi besar dari aku.. kadang-kadang aku fikir, aku ni kuat.. hakikatnya.. nan hadoo!!! almaklumlah.. hati sebesar fishball belah doblas.. Terima kasih korang.. Terima kasih hantar bunga cekelat ni.. Aku tau, korang memang kawan/ teman/ sahabat yang terbaikk!!!.. Terima kasih tau!!! sayang korang dunia akhirat!!!! Semoga Allah yang dapat membalas kebaikan korang.. lebiuhhhhh !!!! muahhh cikedddd.. 


video


Salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!!! * DONT WORRY, ALLAH IS NEVER BLIND TO YOUR TEARS. NEVER DEAF TO YOUR PRAYERS AND NEVER SILENT TO YOUR PAIN. HE SEES, HE HEARS AND HE'S NEVER TOO FAR.. #Assalamualaikum






15 March 2016

~SahabatMe Buat Umraht~

Assalamualaikum.. Hari ni Ome teruja nak story telling pasal my lovely bowdigat aka my bestfriend Juna Jani.. Hari ni, hari ketiga bowdigat berada di Tanah Suci Mekah.. Alhamdulillah.. Me excited tahap gaban, bilamana bowdigat di pilih oleh Allah untuk ziarah ke rumahNya.. Kalau ikut plan awal, Me yang mungkin akan terbang ke sana dulu.. Tapi last minute, bowdigat dapat jemputan dulu.. Mama ajak bowdigat buat Umrah.. Allahuakhbar.. can u see? Allah melihat hambaNya tidak kira siapa pun kan.. kalau dah rezeki dia, tetap rezeki dia..Giler tak excited dengar kan.. Apapun bowdigat, Me doakan mu sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.. Please come back safely sister! 

Somel kan bowdigat Me? mcm kokping arh.. hihihi :p

1st day, Me dapat whatsapp dari bowdigat.. sampai di Tanah Suci, bowdigat dapat buat umrah pertama.. Alhamdulillah.. urusan di hari pertama bowdigat di permudahkan olehNya.. setiap kali bowdigat whatsapp pic-pic dia bersama mama dan papa, Me rasa happy sangat.. sebab Me tau, bowdigat happy kat sana mengerjakan ibadah umrah dan menunaikan ibadah di rumah Allah.. Siapa yang tak mahu ke sana kan? Ome minta pada Allah, jaga bowdigat Me sepanjang dia berada di sana.. Ome nak dia balik ke sini dengan selamat.. e2 je doa Me harapkan.. sob sob sob.. rindu mu bowdigat.. deeply.. terasa gler bowdigat takde.. seriously..  im miss u sister! *mata masuk habuk* 

Bowdigat kata nampak je Kaabah terus dia menangis.. Allah.. betapa hebatNya Kuasa Dia kan.. kalau Me, teresak-esak kowt.. huhu.. almaklumlah.. hati sebesar fishball belah doblas.. :D

Im happy for u bowdigat!!! Me tau, Mu happy sebab sama-sama dapat lakukan ibadah ni bersama insan yang Mu paling sayang.. of coz with both of your parents kan.. Bowdigat!!! Balik Malaysia dengan selamat hokay!!!  Doakan Me dapat jejakkan kaki ke sana jugak tau, One find day.. in shaa Allah.. Bowdigat.. Mu tau tak.. time Mu takde, Allah menguji lagi Me bowdigat.. Allah menguji ketabahan hati Me. Allah usik  hati Me bowdigat.. Allah berikan sedikit ujian untuk Me belajar sabar, redha dan tabah dengan setiap ujianNya.. semalaman Me teriaq mu tau tak bowdigat.. Me terasa kali ni, hebat lagi ujian dariNya.. tapi alhamdulillah.. hari ni Me become stronger yesterday.. sebab Me tau.. Mu selalu doakan Me kan.. Mu selalu doakan Me dalam setiap sujudmu.. Terima kasih bowdigat! Terima kasih sebab jadi sahabat Me.. Terima kasih sebab sentiasa ada ketika Me gembira mahupun sedih.. Jangan lupa doakan Me di Raudah tau bowdigat!!!  Jaga diri.. jaga mama.. jaga papa.. Jumpa lagi 9 hari ya.. Muahhh!!!

Miss u sista.. please come back safely.. muahh!

Salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Ya Allah.. Aku terima ujianMu dengan redha.. Aku pasrah dengan setiap takdirMu.. Cuma ku mohon padaMu Ya Allah.. Berikan aku kekuatan, ketenagan, ketabahan dalam setiap ujianMu itu.. #Assalamualaikum..



24 February 2016

~LEGOLAND JB~

Holllaaa... Assalamualaikum.. yeahhakk!!! story telling hari ni pasal short vacay last minute planning.. ehh.. tapi sebelum tu, Ome nak ucap tahniah kepada my bowdigat aka my sayangnes aka my bff 4eva.. i doakan semoga ibadah u mendapat ganjaran yang sempurna sisiNya.. i lebiuh sista.. muahhh!!!


My sayangness! muaahh!

Last weekend Ome, Husband dan Juna ke JB.. Sebenarnya short vacay ni percutian yang tidak dirancang dari awal.. Awalnya En. Husband beritahu TNB nak bagi tiket Free Legoland and sebenarnya dah lama TNB buka peluang pada orang ramai join contest ni.. Actually bukanlah contest sangat pun.. just install aplikasi TNB dalam googles apps.. pastu download apps TNB.. register 5 email.. dapat 2 tiket Free Legoland.. mudah kan??? tapi itulah.. mungkin tiada sambutan dari orang ramai, En Husband register kan la email-email yang kami ada.. sudahnya dapat la 4 tiket Free masuk ke Legoland.. yang bestnya tiket tu kalau kat kaunter harga RM200++ sebab tiket tu combo hokay.. Theme Park + Water Park.. e2 yang jadikan more excited! Memang sebelum2 ni ada jugak terfikir nak ke Legoland ni.. But since ramai yang cakap kalau bawa budak more worth it dan untuk adult ni, tak berapa nak worth it, so pendamkan je la niat nak ke sana.. Tetapi oleh sebab dah dapat tiket free.. apa lagik!!! woohaa!! pucuk dicita ulam mendatang.. rezeki datang bergolek, jangan di tolak musuh jangan di cari.. maka jadilah percutian singkat di hari minggu! hehehe.. :D


Taaara!! Marketing Comp - Combo tu.. Free je.. hehe :p
Maps Legoland JB

Hari Jumaat kami bergerak ke Melaka.. alasannya En. Husband kata awal sikit sampai di Legoland nanti.. malam tu kami berteduh di rumah mama bowdigat di Melaka.. so planning nya esok pagi2 terus gerak ke Legoland.. almaklumlah kan.. nama pun percutian singkat.. semuanya perlu dirancang dengan baik supaya aktiviti dan jadual disusun dengan baik.. hah!! uols mesti tertanya-tanya.. siapa lagi sorang yang ikut g Legoland ni kan.. sebab we ols ada 4 tiket free.. So, fikir punya fikir ajak la Fifi.. also my BFF masa di Politeknik dulu.. En Husband kata, bawa la yang bujang memandangkan tiket ada satu je.. kalau bawa yang ada partner kesian pulak yang ada partner tu.. takkan nak biarkan husband/wife sorang-sorang kat rumah kan.. sudahnya call la Fifi.. Fifi pun kata dia ada program Sabtu lepas.. kalau bagitau awal2, dia bley rancang elok2 kan.. tapi Fifi! We ols ni pun planning last minute.. mana pulak nak bgtau awk awal2 kn.. Fifi tanya Lismawati Ismail.. Lis bagitau dia Free.. nak ikut.. tapii!!! Dia kata dia segan.. plus dia kata ingat nak gerak sabtu petang.. pagi tu dia nak g laundry la.. nak wat itu la.. ini la.. bla bla bla.. taikk ang laaa.. cakap je la hang bz.. puih!! hahaha.. sudahnya, kami bertiga sahaja yang teruskan short vacay ni.. Actually tarikh luput tiket tu sebelum 27 Mac 2016 ni.. tapi disebabkan start minggu ni agak bz dengan aktiviti (bz sokmo la mung ni Ome), so, terpaksa jugak la redah last week.. 

Hello JB!
Once Upon A Time.. Bla.. Bla.. Bla...

Pagi sabtu tu, kami terus gerak ke Legoland.. booking hotel area Danga Bay tu..  kali ni ke JB drive sendiri. For me, kalau nak ke JB drive sendiri lagi syiokk.. bukan jauh sangat pun dari Putrajaya ni kan.. setakat 3 jam setengah tu.. Boleh tahan lagi la.. nak jalan-jalan cari makan pun lebih mudah.. malam di JB dapat cuci mata di Pasar Karat area town.. makan-makan kat Restoran Singgah Selalu.. Hello.. sekarang ni dengan adanya aplikasi waze ni, lagi mudah nak ke mana-mana.. n yang penting bilik hotel lebih besar dari hotel area town masa weols ke USS hari tu.. selesa pun selesa.. cuma takde lift.. tak kesah la.. stakat tido semalam kan.. no big deal.. yang penting kos dalam bajet.. hihihi.. we ols stay kat Golden Leaf Hotel Danga Bay je.. kalau uols suh comment hotel ni, Ome boleh cakap worth it dengan harga.. selesa pun selesa.. cumanya kalau yang pakai wheel chair tu tak sesuai sebabnya tiada ift untuk pelanggan yang OKU ni.. e2 je Ome nak comment.. yang lain tip top! selesa!!


Tshirt ni hanya dijual di Pasar Karat JB.. Me suka design ni dari 1st time Me tengok masa datang sebelum ni.. tapi time tu Me ingat boleh dapat kat tempat lain.. Jenuh cari kat Airport.. Still tak jumpa.. Since dah datang JB, kte grab satu! yeahhh!

Hah!! nak comment pasal Legoland ke? Macam mana nak cakap eh.. hhmmmm.. senang citer macam ni la.. Bagi Ome, kalau nak bawa anak-anak sekitar umur dari 6 tahun keatas memang Ome suggest ke sini.. Sebab game dalam ni kebanyakkan untuk anak-anak kecil.. Untuk orang dewasa pun ada jugak.. senang cite apa yang kanak-kanak boleh main tu, orang tua pun boleh main.. takde hal lah.. tapi kalau yang jenis suka thrill ala-ala USS tu, memang tak sama la level thrill tu kan.. tapi untuk Ome, apa je game yang dalam tu Ome tak melalak melolong.. Semua game Ome melalak.. hahaha.. tapi Ome suka Game Dino Island woii!!! gedebuss!!! merecikkk air.. Game tu dalam Theme Park je.. uols tak masuk water park pun takpe.. dapat berendam gak.. kah kah kah.. paling teruk kena percikan air tu En. Husband me.. En. Husband kata menyesal tukar baju.. sedangkan sebelum tu we ols berendam dalam Water Theme Park tu sejam.. Ada beberapa jenis game air yang we ols main.. sampai pening lalat gak la dibuatnya.. Tapi tak lama pun we ols dalam Water Park tu.. we ols tukar baju kering, pergi makan tengahari, terus masuk Theme Park.. konon-kononya masuk Theme Park tadelah game percikan air ni.. Nan hado!!! memang dorang bagi peluang pada yang tak masuk Water Theme Park tu boleh gak rasa berendam.. keh keh keh..


Mini Lego Traditional House di Malaysia
Semua tu lego tau! sila la percaya!
Fav En Husband.. Star Wars.. sengih je dapat tengok replika Star Wars.. huhu..
Ni la Game Dino Island.. Basah lencun En. Husband.. kah kah kah.. 
Geng baju merah.. senang nak cari kalau hilang.. hahaha.. 

Yang bestnya time we ols datang ni, tak ramai manusia yang masuk theme park ni.. Mungkin sebab sekejap-sekejap hujan skejap skejap hujan, jadi tak ramai pengunjung.. Sebab kalau hujan kilat sabung menyabung, Theme Park ini akan ditutup untuk semua pengunjung.. Untuk keselamatan kan.. tapi ok la.. setiap game weols main tak perlu nak beratur panjang.. ada satu game tu weols tak turun.. weols cakap kat adik tu nak main lagi sekali sebab tak dapat nak score untuk game tembak-tembak.. hahaha.. tak pernah abad eh Ome g mana2 Theme Park boleh main game tak payah Q panjang.. syiiookkk oooo.. tak macam g USS dulu.. g Disneysea Jepun..  semua game nak kena beratur.. paling sekejap pun kena beratur 30 minit.. ada yang sampai berejam-jam nak kena Q sebelum main.. tapi kali ni we ols puas hati la sebab habis satu Theme Park tu we ols terjah..  almaklumlah, tiket free! boleh dikatakan semua game we ols main.. sampai En. Husband surrender la.. pening - pening dibuatnya.. hahaha..

Thank you En. Husband.. Bawa Kami Lari Tepat Pada Masa! 
The Sewelness!
Kanak-kanak riang! #kbye
Me tak tau apa nama menatang ni.. tapi dok terkekek dengan bowdigat.. hadoww.. malam masih muda.. time ni En. Husband xmo ikut.. we ols pusing-pusing  jenjalan .. g Dangan Bay.. hihih.. 

Terima kasih TNB.. Terima kasih sebab beri tiket Free.. tak sabar nak tunggu Theme Park Animasi di Ipoh Perak dan Taman Tema di Genting (Under construction lagi).. woohaa!! tak payah dah g luar negara.. dalam negara ni pun dah banyak theme park.. bezanya luar negara datang musim sejuk, bulu-bulu roma pun terangkat.. tapi kalau Malaysia??? rasain!!!! nasib time kami pergi ni hujan rintik rintik air bergelora.. hehehe.. tapi balik Putrajaya, adik Me kutuk! hitam nye ko kak.. woii!! ni yang rasa nak makan Qu putih Qu putih barulah putih..  time tu hujan mendung hokay.. celah mana pulak berpanas terik sampai hitam ni.. pfffttt.. hadoowww.. im stress!!! xpelah.. hitam hitam si tampuk manggis.. yang penting hati tak hitam hokay.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! * disini kata "i miss u badLY" (pic gambar mata).. disinun pula kata "hye awak, boleh kita berjumpa?".. n lastly tetiba kang.. sayang.. im coming home.. im coming home (gittew).. ehhhh!!!! kevavian apakah ini???? y boder y boder??? pffttt.. #kbye

Hadamkan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...