19 August 2006

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 May 2014

~#AirMata~

Hollaaa.. Assalamualaikum.. selamat pagi.. Hari ni Ome nak bercakap sikit pasal anak.. Disebabkan ada orang post pasal anak Ome nak tepek kat sini luahan hati Ome pasal anak.. boleh???

#ameenyarobalalamin

Disebabkan ada segelintir manusia klu bercakap ikut suka mulut tanpa memikirkan perasaan orang yang disebut memang la sangat mengundang murka Ome.. nak2 klu disebutkan benda2 seperti patutlah tak dapat anak.. byk sgt dosa.. patutlah tak dpt anak sbb ramai yang sumpah.. patutla tak dpt anak sebab bla bla bla bla.. Allahurabi.. kalau ya pun marah sgt tolong jaga sikit hati orang yang mengata tu boleh tak? ko tau tak mcm mana seorang yang hidupnya penuh ujian onak duri sakit perit jatuh bangun dia sebelum ko kenal dia n then sesuka hati ko nak jatuhkan hukuman?? dengan berkata-kata mcm tu apa yang ko dpt eh? puas hati?? siapa kau untuk memperlekehkan ketentuan DIA? siapa kau untuk menjatuhkan hukuman? dengan kuasa polis? dengan kuasa tentera? dengan kuasa bomba ko nak jatuhkan hukum? ke dengan kuasa bulan datang menghukummu seperti sailormoon kau nk jatuhkan hukuman?? kemon la.. mana ada pasangan yang berkahwin tidak mahukan anak.. mana ada pasangan yang kahwin tidak inginkan anak.. mana ada pasangan yang kahwin esk lusa rasa nak cerai berai..  klu katala kau accident, cacat kekal adakah sebab kau byk dosa sebab tu Allah tarik nikmat kau? klu katalah ko tak kawin2 smpai skg adakah sebab ko kena sumpah? atau katalah sebab kau kahwin dapat anak bahagia tetiba anak suami kau meninggal secara drastik adakah sebab dosa masa silam kau? cuba benda2 sebegini berbalik pada kau.. agk2 ko boleh diterima akal tak??? 

#JanjiAllahItuPasti

Hellooo.. Allah tu Maha Adil.. Maha pengampun.. Maha Bijaksana.. Semua orang tahu Janji Allah Itu Pasti.. Kau buat orang, orang lain akan buat kau.. Faham kan konsep tu? so?? then mcm mana pulak dengan kata2 kesat terhadap orang lain.. tak takut orang lain akan berkata kesat mcm tu pd kau? tak takut Allah tarik nikmat kau untuk berkata2? Allhurabi.. Allah tu Maha Penyanyang.. Dialah Tuhan Agong Semesta Alam.. Dia lebih mengerti apa yang Dia telah tentukan untuk setiap hambaNya.. klu katala diri ini banyak buat dosa.. diri ini banyak orang sumpah seranah sebab tak suka dengan diri ini, bagaimana pulak dengan orang berzina Allah berikan dia anak? bagaimana pula dengan orang yang kena sumpah seranah boleh plak dia hidup bahagia dengan ada keluarga dan sebagainya? Rezeki Ajal Maut ditangan Allah wahai manusia.. klu emosi sekali pun jaga tutur kata tu... emosi boleh memakan diri.. tidak perlu untuk orang lain menampakkan kebodohan diri tu melainkan klu diri sendiri yang tidak pandai mengawal emosi.. dari orang lain tidak tahu perangai mu itu, orang lain boleh sedar betapa jelek dan annoyingnya orang terhadap dirimu.. 

#NoteToMySelf

Sebelum bercakap pasal hidup orang lain.. cermin balik diri tu.. tanya balik diri tu.. adakah dh cukup sempurna di mata Allah? adakah dh cukup sempurna di mata Tuhanmu wahai manusia.. Ome percaya setiap ujian yang diberikan pada Ome ada hikamnya.. Bagi Ome cpt atau lambat rezeki anak tu, biarlah Dia sendiri yang tentukan.. Yang penting Ome telah merasai nikmat berumahtangga.. Nikmat bahagia bersama suami.. Nikmat bahagia bila ada lelaki untuk menjadi sebahagian dari hidup Ome.. Terima kasih ya Rob.. Terima kasih kerana pinjamkan seorang lelaki untuk menjadi pelindungku.. Untuk menjaga siang dan malamku.. Terima kasih Ya Rob.. Terima kasih.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Harga diri tidak boleh dijual beli.. Maruah seperti dipijak-pijak.. Makin didiam makin menjadi-jadi.. perlu bersabar sampai bilakah? #kesatairmata #kbye 

#caption

26 May 2014

~Holllaaa.. Babyboo Coming Home~


Assalamualaikum.. hollaaaa.. happy birthday to me.. happy birthday to me.. happy birthday to me.. happy birthday to me.. hahaha.. mesti uols terpk.. bukan birthday Ome dh lepas ke?? dh nk masuk bulan Jun kot.. brp kali nk celebrate birthday kn.. ekekeke.. ok2.. tanpa membuang masa.. meh sini Ome kenalkan my Babybooooo..

cumil tak babyboo me? hihiihi :D

Disebabkan takde orang yang nak bagi hadiah motor sempena besday Ome hari tu, so Ome pun hadiahkan la kepada diri sendiri motor.. dari zaman sekolah bawa motor sampai la dh keje.. jiwa rempit me tak pernah hilang.. sila la percaya ye.. Ome memang semulajadi wanita lasak.. En. Hubby dh kawen dgn Ome almost 8 tahun.. so, makin lama makin dia kenal Ome ni kental.. agk2 dia menyesal tak kawen dgn Ome?? bahahaha..

Terima kasih Allah.. Terima kasih atas segala nikmat yang Kau berikan padaku dari dulu sehingga kini.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. kepada kwn2 yang masih tidak mengenali diri ini.. jangan terkejut ya.. terimalah diri ini seadanya.. hahaha.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Ome paling menyampampah orang yang tak menghargai peluang bila dh minta maaf.. bagi 10x peluang pun belum tentu berubah.. terkilan hokay jumpa manusia macam ni.. saje nk bagi Ome murka lettew.. #Kbye



22 May 2014

~T@R PRINTING COLLECTION~

Hollaaa.. Assalamualaikum.. selamat pagi.. ehh.. dah nak masuk tengahari rupanya.. pejam celik pejam celik.. sekejap sangat rasanya berlalu.. n tak lama lagi dah nak masuk bulan 6.. klu bulan 6 mmg uols akan tengok en3 Ome ni bersarang.. sebelum en3 Ome bersarang.. Ome nak kasi tepek satu en3 untuk tatapan uols.. mana la tau lepas je habes final exam ni tetiba murah rezeki, ramai pulak yang nak buat tempahan.. sila sila sila.. tempahan uols amat dihargai.. hehe :D


Alololo.. mesti uols tertanya-tanya.. apa la yang Ome dok merepek raban ni kan.. anyway, hari ni dengan ucapan bismillahirahmanirahim.. Ome nak perkenalkan kat uols T@r Printing Collection.. Okey.. apa itu T@r Printing Collection (TPC).. TPC ialah bisness yang sedang #CintaHatiBeta sedang lakukan.. bisnes kecil-kecilan.. orang kata side income.. alhamdulillah.. dekat 6 bulan bisness ni telah dijalankan dengan permulaan yang sangat suam2 kuku and finally TPC mula melebarkan sayap.. inshAAllah.. buat masa ni office TPC hanya di teratak kami.. manalah tau kan akan datang, dengan berkat doa uols TPC dapat buka kedai sendiri.. fuhhh.. angan2, cita2 dan harapan haruslah tinggi melangit kan.. baru hidup akan lebih maju.. inshAAllah..


Anyway, uols dijemput untuk Like di Page FB T@r Printing Collection and uols pun boleh lawat laman web blog di sini.. catalog telah dimuat naik di Page FB TPC.. sebarang pertanyaan boleh hubungi Ome sendiri di talian 0123836939 atau hubungi #CintaHatiBeta di talian 0192885231 (Mijie).. Kepuasan anda adalah keutamaan kami.. uols boleh beri sebarang comment di ruang yang disediakan.. hokay! meh la jengah2 Page FB TPC.. harga uols jangan risau k.. harga dibawah kemampuan uols.. harga dari RM10 - RM40 sahaja.. macam-macam barangan printing ada disediakan seperti T-Shirt, Mug, Bantal, Tiles, Topi, Puzzle dan lain-lain lagi.. Tempahan boleh dilakukan bagi sebarang event, hari keluarga, gift, hadiah dan dan sebagainya.. Selamat menjamu mata.. 

Tempahan sebanyak 122 helai T-Shirt..
Nak buat macam ni??? roger2 me k..
Done! 122 helai T-shirt Teambuilding
Baju kanak-kanak..
Salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Lately ni tido Ome mmg tak menentu.. lagi seminggu je lagi oitt nak hadap final exam ni.. 11 paper pulak tu.. Ya Allah.. terima kasih atas segala nikmat yang Kau berikan pada kami.. Terima kasih ya Allah.. terima kasih..  alhamdulillah .. #kbye



15 May 2014

~Mana Hilangnya Perikemanusiaan?~

Assalamualaikum para sahabat yang dimuliakan Allah.. selamat pagi.. sihat??? semalam Juna ada tunjuk satu berita yang sangat la menyentuh hati Ome.. mula2 terfikir jugak, fitnah semata2 ni.. tapi klu dh siap dengan pic, takkan fitnah pulak kan.. nk2 pulak tgk bangsa dan seagama sendiri pulak yang buat prangai tidak ada perikemanusiaan mcm tu.. siap berkopiah bagai.. Allahurabi.. tak tau la Ome nk cakap mcm mana.. uols sendiri menilai k.. 

Disebabkan rasa perikemanusiaan.. Ome kaburkan muka manusia ni..

Can u see??? apa yang sedang manusia ini buat???yess!! kalau betol pun anjing ni dah buat suatu kesalahan, SILA BUAT LAPORAN PADA PIHAK BERKUASA BOLEH???????? pffftttt.. motip g panah anjing tu buat apa???? malu la abang oittt.. awk siap berkopiah bagai.. lepas tu dok la zalim pada haiwan.. what the fish.. what the fish.. *tarik2 rambut*

Im speechless dude.. we r muslim.. we have humanity..

siann Cik Brianna ye.. get well soon..
Sebagai sebangsa dan seagama.. saya dengan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Encik yang sangat la zalim!!! to all non muslim.. dalam agama islam kami tak pernah ada kezaliman terhadap haiwan.. pleasel.. nk2 haiwan tu takde akal.. skg ni Ome pelik.. manusia ni yang tade otak atau haiwan tu yang diberikan akal?? kemon la manusia.. mana pergi nilai kemanusiaan.. kalau ye pun marah sgt dengan anjing tu, please use ur brain.. Allahurabi.. 

ada rupanya Akta Kesalahan ni dalam Malaysia??? klu mcm tu diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya eh..


Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari)

So, fikir-fikirkanlah.. Allah tidak suka pada kezaliman terhadap haiwan.. Apa hak kita menghukum haiwan sebegini?? semoga Allah ampunkan mu wahai hamba Allah.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! *Honestly Ome mmg takut dengan anjing.. klu nampak dari 100 meter ni pun mulut terkumat kamit baca surah-surah.. tapi itu bukan penyebab untuk Ome zalim pada haiwan2 sebegini. kdg2 bunuh haiwan2 perosak tu pun kte rs kesian.. klu raya korban tu Ome tak sanggup tengok orang sembelih lembu kambing.. kesiannn beb.. apatah lagi haiwan yang belaan seperti kucing, anjing, arnab dan sebagainya.. can u imagine?? mana letaknya perikemanusiaan manusia sebagini??? pfffttt #Kbye






14 May 2014

~Sekadar Perkongsian~

Hollaaa..  Macam sama je.. macam betol je.. haha.. Sekadar Perkongsian.. No heart feeling okeh!! Le'ts cekedot!


Januari 01-09 ~ hamster
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ hamster
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ jerung
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ jerung
Jun 21-24 ~ hamster
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ jerung
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ hamster
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang 
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati "

»»» Maksud/erti :

# JERUNG : Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

# TIKUS: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

# SINGA: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

# KUCING : Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

# KURA-KURA : Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

# MERPATI : Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!

# HARIMAU BINTANG : Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

# HAMSTER: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan
 
Ome??? 5 Mei 1986.. Yeahh betol.. JERUNG!!! Haha.. En. Hubby Ome 06 November 1980 iaitu SINGA!!! Hamikk.. Jerung VS Singa uols.. haha.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *nobody perfect! terimalah seadanya.. yang penting apa??? kasih sayang cinta sesama manusia.. inshAAllah.. 
 
#muhasabahdiri #buatbaikinshAAllahdibalasbaik #JanjiAllahItuPasti
 
 
 

~Celebrated Birthday With My Love Patzi~



Selamat Pagi.. Assalamualaikum Para Sahabat Yang Dimuliakan Allah SWT.. alhamdulillah.. syukur syukur syukur.. masih diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi Allah..


Sabtu malam ahad lalu, Ome and my love patzi celebrated birthday Ome dan anak buah Ome, Nur Farhani Batrisyia Andi Baso.. hahh!! senang kan.. celebrated together2.. kebetulan pulak Hari Ibu.. Bagi Ome hari-hari ialah Hari Ibu.. Ada sesetengah pendapat mengatakan Sambut Hari ni haram hukumnya.. Kerana Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”..   wallahuallam..  akan tetapi Ome lebih suka bercakap dari soal niat.. 'Innama A'malu Bin Niat' Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat (gigih ni search and google.. takut salah.. bab agama tak boleh main2kan.. hehe..) niat Ome satu je.. untuk gembirakan hati ibu Ome.. kebetulan kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersama-sama.. niat kami untuk gembirakan Ibu.. niat kami untuk eratkan tali silaturahim antara kami sekeluarga.. kasi ikat ketat-ketat kasih sayang antara kami supaya utuh sehingga jannah.. kebetulan nk celebrated birthday kan.. just bagi ibu hadiah sebagai memperingati bahawa ibu adalah segalanya.. walaupun iols ni uols jenis tak pandai nak meluah secara face to face pada ibu ayah betapa deep deep my heart ni uols.. Ibu ayahla segala-galanya pada Ome selepas En. Hubby Ome.. tanpa mereka sapa lah Ome.. tanpa mereka En hubby tak mungkin kenal Ome.. tak mereka Ome tak kan berjaya menjadi manusia untuk agama bangsa dan negara..inshAAllah..

InshaAllah.. niat itu penting..
aLa sentiasakan doakan ibu ayah diberikan kesihatan baik yang berpanjangan untuk kte saling menyayangi hingga jannah.. ameenyarobalalamin..

Italian and Western Food The Grato Seksyen 3 , Bangi.. Thorbaikk!
Birtdhay Girl Hani dan Anis Endut yang notty
Rizkin yang bam putih gebusss.. my nephew.. cumil takkk??
Ome tertarik dengan konsep kedai makan ni.. haha.. Ni betol2 nak suh kami mengertakan kasih sayang ni..  PLEASE TALK EACH OTHER.. NO WIFI! Faham tak??

salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *two weeks to gooooo.. final exam menjengah lagi.. yang bestnya satu buku pun tak pegang lagi.. boleH?? im bz uols.. im bz.. bz dengan bisness yang baru nak merangkak.. nnt i story mory kat uols biznes ni k.. daaaaaaaaaaa.. #kbye

cukuplah sekadar doa untuk ibu bapa yang telah meninggal..  kalau sebegini rasanya dah lari dari landasan.. ke guane?? Apapun bacaan Al-fatihah bukan sahaja untuk orang yang sudah meninggal akan tetapi boleh dibacakan setiap kali lepas solat tanda mendoakan kebaikan buat ibu ayah.. Buat Ibu Ayah dan Mertuaku, semoga kalian sentiasa dibawah lindungan Allah SWT..


09 May 2014

~Berteman Sepi~


salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *gara-gara tengok Mr Cinderella malam tadi.. best plak dengar lagu Erra Fazira ni.. bleh jadikan salah satu lagu karok jamban ni.. Juna! Bila lagi?? dh lama tak asah sore yang sumbang nih.. ngeh3x..  daaaaaaaaaa.. #kbye

#doakukepadamusahabat
#throwback.. my partner in crime.. muahaha.. selekeh doh..

~Salam Jumaat Barakah~

Assalamualaikum.. salam jumaat yang penuh Barakah.. uols sihat? lately ni Ome tak tahu nape la migraine ni makin menjadi-jadi.. setiap 12 jam kena ambil synflex... nak-nak klu tetiba urat2 kepala ni tarik.. perghh.. rs mcm nk hentak kepala kat dinding time tu gak.. skg ni mmg bergantung pada ubat.. ayah dh pesan klu sakit kepala tahan.. seriously mmg tak boleh di tahan-tahan sakit kepala skg ni.. nak tak nak ubat je la yang membantu.. 


Almost a week jgk la rasanya migraine ni.. ubat synflex yg sepapan tu pun dh habes telan.. so, mmg kena g klinik wat check up.. kalau tak ada yang berguling tengah jalan.. huhu.. ehhh.. dh alg2 story mory hari ni.. nk sharing dgn uols pic iols semalam.. hehehe.. sila jangan marah k.. bagi can la i nk OOTD dengan Pak Menteri iols.. haha.. 

perghh.. rasa gumok sgttt time ni.. pffttt..
Hehehe.. Inilah pak Menteri kesayangan kami.. YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.. 

Antara pegawai-pegawai yang menerima APC bagi tahun 2013
salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! * rasa nak pergi bercuti sebelum berperang dengan exam bln 6 ni.. nak cari laut.. nk cari laut.. nak cari laut.. oemji... PD je la kot kan laut yang paling dkt kan.. kan.. kan.. hmmmm.. *godek2 pc* daaaaaaaaaa #kbye

 

08 May 2014

~Today Is The Big Day~



Hollaaa.. Assalamualaikum..  Alhamdulillah.. Urusan hari ini dipermudahkan Allah.. Terima kasih YA Rob.. syukur syukur syukur.. tadela adegan tersungkur atas stage.. kalau ada.. setiap kali g keje iols nak tekup muka iols dalam toilet bowl uols.. haha.. nebesss.. e2pun td rs mcm kasut nk tertanggal.. almaklumlah.. jarang pakai kasut bertutup yang ada tali tu.. adehhh.. seriau la klu tetiba kasut tu tertanggal ala-ala cinderella.. puihhh.. tak dpt nk dibayangkan.. kah kah kah..

7 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha.. syukur.. syukur.. syukur..
Alhamdulillah.. segalanya berjalan dengan lancar.. Terima kasih Allah.. Terima kasih KeTTHA.. Terima kasih kerana menghargai setiap keringat yang selama ini saya tabur demi agama, bangsa dan negara.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi.. ehhh.. dh mcm melodi plak.. hehe.. #kbye





06 May 2014

~Actually.. Im Not Ready~

Assalamualaikum.. Selamat Pagi.. Alhamdulillah.. hari ini masih lagi diberikan kesempatan untuk terus menghirup udara di muka bumi Allah.. tiada kata yang perlu di ungkap.. hanya bersyukur ke atas segala nikmat yang diberikan.. Alhamdulillah..


Sebenarnya Ome tak bersedia untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang diberikan.. seriously uols.. Im not ready yet.. Ome bukan apa.. Ome ni student part time.. Setiap tahun kot Ome wajib ambil cuti panjang sebab belajar and intensif di USM Penang tu.. Cuti pertengahan tahun sebab final exam.. N yang bestnya cuti pergi holiday.. maunya tak rasa bersalah bila dapat APC ni.. Ome paling takut persepsi orang-orang lain yang tidak sukakan Ome.. ntahlah.. hanya Tuhan je yang tau perasaan Ome di saat ini.. Walaubagaimanapun, OMe tetap bersyukur kerana inilah salah satu hadiah yang amat bermakna buat Ome sepanjang Ome bekerja sebagai Setiausaha Pejabat.. Alhamdulillah.. selama 7 tahun Ome berkhidmat di sektor awam ni, Ome dah jaga 2 orang bos.. Masing-masing mempunyai cara mereka sendiri.. 

Oh ye.. Jom dengar lagu terbaru dari Siti Nurhaliza ni.. 1st time dengar last week.. masa tu Siti Nurhaliza jadi artis jemputan kat Hot FM..  lagu ni menusok kolbu.. best..best.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Just Go With The Flow.. Tuhan lebih mengerti apa yang terbaik untuk hambaNya.. Terima kasih Ya Tuhan Yang Maha Agong..   #kbye


05 May 2014

~Alllahuakhbar.. Janji Allah Itu Pasti~

Allahuakhbar.. berita gembira sampai nak menangis pun ye jugak nih.. Allahuakhbar..  Nikmat apa yang hendak didustakan? Janji Allah Itu Pasti.. Syukur Ya Rob.. Masih ada lagi insan yang menghargai kerjaya saya sebagai Setiausaha Pejabat.. Ya Allah.. 7 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Pejabat.. Finally ada jugak manusia yang menghargai Ome.. Ya Rob.. Terima kasih Ya Rob..

mula-mula dapat email ni.. macam tak percaya..
can u see..  siap boleh tanya balik.. haduyai.. 
Allahuakhbar!

salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *hujan lebat kat luar skrg ni ibarat perasaan Ome skg ni.. rasa nk nanges.. Allahurabi.. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Kau Berikan.. Allahuakhbar! *Nak nanges boleh tak??? huhu.. rezeki di hari jadiku.. #kbye #syukur #alhamdulillah

~Besday Girl VS Secretary Girl~

I Love My Job! 7 years as Secretary.. A lot of knowledge that i learnt.. Tq Farah Syuhaidah Aminuddin because U go through all the journey that u faces.. #IloveMyself
Assalamualaikum.. hollaaa.. hihihi.. sepatutnya hari ni Ome tengah buat kuak lentang kat Pulau Mabul.. tetapi apakan daya.. disebabkan kekangan yang tidak dapat di elakkan, Ome terpaksa batalkan hasrat untuk berkuak lentang bersama teman dan #cintahatibeta di Pulau Mabul.. sedeeyy!!!

sekuntum mawar dan sepotong kek.. #doorgifttoallsecretary
Tapiiii janji Allah itu pasti.. alhamdulillah.. hari ini 5 Mei 2014 Ome di raikan bukan sahaja sebagai birthday girl, akan tetapi hari ni juga Ome di raikan sebagai Setiausaha Pejabat.. Disebabkan hari ini ada event sempena meraikan Hari Setiausaha Pejabat 2014 bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Hotel Everly Putrajaya anjuran ofis Ome sendiri.. syukur syukur syukur.. happening jugak la walaupun event ni x sampai pun setengah hari.. yang penting iols dapat lucky draw uols.. selalu iols la manusia yang paling susah nak dapat hadiah klu cabutan bertuah.. tapi mungkin disebabkan hari ini my born day, so, dapat jugak la merasa hadiah lucky draw.. hihihi.. syukur syukur syukur..

iols dapat perfume uols.. iols suka sangat.. my lucky no today.. 019.. yeah yeahh!
Timbalan Menteri KeTTHA .. Tok Det.. :D
Lovely Bos.. Selfie katanya.. hihihi :D
yeahh! celebrating for all birthday girls..
sahabat-sahabat KeTTHA yang seangkatan.. Tq bos! #KeTTHA #SecretaryDay #EverlyHotelPutrajaya
Apapun, Ome teringat pesanan dari seorang kakak kepada adiknya.. ada sorang kakak Ofis lama pesan.. berterima kasih la pada ibu kerana melahirkan kte di dunia ni.. ya kak ida! fara setuju.. memang niat tu dah ada.. cuma tak terungkap je lagi.. so, di sini Ome nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa OMe kerana melahir dan membesarkan Ome.. Terima kasih jugak kepada seluruh ahli keluarga Ome baik my Love Patzi atau ahli keluarga sebelah husband Ome dimana sentiasa bersama Ome dikala susah dan senang.. sentiasa menjadi the best families ever that i had.. Terima kasih kepada para sahabat Ome kerana menjadi sebahagian dari warna warni kehidupan Ome.. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang mengenali diri Ome.. Terima kasih kepada sesiapa sahaja la yang mengenali diri ini baik kenal secara peribadi mahupun tidak, terima kasih kerana menjadi salah satu plot cerita dalam kehidupan Ome.. Terima kasih semua!!! muahhh!!! Tanpa kalian siapalah aku.. *pintal2 bantal* :D

bukan senang nak dapat ayat2 menyetuh kolbu dari En. hubby  ni uols.. walaupun doa tu hanya forward dari rakan taulan dia agknya.. tapi doanya itu sgt menyentuh hati wanita ini.. Terima kasih hubby.. doakan isterimu ini menjadi bidadari syurgamu di Jannah kelak.. ameenyarobalamin..
Last but not least.. Terima kasih kepada diri sendiri kerana sentiasa tabah dan berjuang dalam menempuh suka duka kehidupan sebagai seorang hambaNYA.. Happy Birthday To Me.. Happy Birthday To Me.. Happy Birthday to FARAH SYUHAIDAH AMINUDDIN.. Happy Birthday to me.. lalalalalala.. bolehhh? nyanyi untuk diri sendiri?? hahaha.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! *I Love Myself.. I Love My Life.. I love to be apart of my others life.. segala ketentuan ada hikmahnya.. terima kasih Allah... Terima kasih.. alhamdulillah.. #kbye

syukur kepadaMu wahai Ya Rob.. terima kasih Allah.. Terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...