19 August 2006

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

19 August 2015

~HAPPY ANNIVERSARY HUSBAND!~

Assalamualaikum.. Holllaaa.. ok2.. izinkan Me untuk meluahkan bait-bait perasaan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ome dan Encik Husband yang ke 9 tahun.. yer uols.. tahun ni genap 9 tahun Ome menjadi isteri kepada suami ku tercinta Tarmizi Bin Abdullah.. 19.08.2006 - 19.08.2015.. how time flies.. boleh bayangkan tak umur 20 tahun Ome sudah sah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang Ome hanya kenali tak sampai setahun perkenalan kami..  Jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan ilahi.. 
1st of all Ome nak ucapkan syukur kehadrat Allah SWT.. kerana masih memberikan peluang dan ruang untuk kami suami isteri melayari suka duka bahtera perkahwinan kami.. bukan mudah nak handle manusia yang bernama FARAH SYUHAIDAH BINTI AMINUDDIN ni yer.. bak kata orang Terengganu.. BHABEI! hahaha.. keras kepala.. banyak kekurangan pada diri ini dan En Husband me memang seorang yang penyabar..  klu lelaki lain belum tentu boleh bertahan dan sabar.. sebab tu kot kami di jodohkan dan kami saling melengkapi kekurangan yang ada pada diri kami.. Terima kasih En. Husband.. Terima kasih untuk suka duka pahit manis masam masin untuk 9 tahun ni.. terima kasih kerana bertahan dalam mengukuhkan hubungan ini dan sentiasa menyayangi diri ini.. thank you for being apart of my life.. terima kasih kerana berusaha menjadi menantu yang baik untuk kedua ibu bapa Me.. terima kasih kerana menerima ahli keluarga Me dari dulu kini dan selamanya.. Terima kasih kerana sentiasa mendahulukan family Me.. sebab he knows.. walau Me dah menjadi isterinya, kelemahan Me terletak pada redha ibu bapa Me.. klu nak pujuk me, mmg ibu ayah la yang akan pujuk Me..  Orang lain tak jalan der.. ahaks.. Maaf kan orang ( tak manja sungguh la bahasakan diri orang je kan.. huh!!!)  En. Husband.. Maafkan segala kesilapan dan keterlanjuran yang orang buat samada abang sedar atau tidak.. Orang berusaha untuk jadi isteri yang baik untuk abang tetapi untuk sekaya Balqis, secantik Zulaikha, sekuat Sarah, semulia khadijah, setaqwa Aisyah dan wanita-wanita lain yang harus dibanggakan oleh suami-suami..  adalah jauh sekali antara orang dan mereka-mereka ini husband.. Orang adalah wanita akhir zaman yang hanya ingin menjadi dan akan berusaha untuk menjadi wanita solehah untuk abang.. selagi nyawa dikandung badan, orang akan berusaha untuk kekalkan hubungan ini hingga ke jannah.. in shaa Allah.. *mata masuk habuk* #Kbye
Kalau panjang umur murah rezeki tahun depan nak buat post wedding untuk ke10 tahun.. nak buang tebiat pakai baju pengantin and amik pic outdoor.. almaklumlah.. pengantin lama tak sempat nak ber out door bagai dulu.. Doakan hubungan kami hingga jannah ya.. Dan semoga doa yang SATU dan ditunggu-tunggu dimakbulkan oleh Allah SWT..  in shaa Allah.. amin yarobal alamin.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! * Fall in love with someone who deserves ur heart according to Allah laws, not someone who plays with it according to their desires #kbye


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...