19 August 2006

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 August 2015

~SELAMAT HARI MERDEKA~

Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang penuh barokah.. hari ni hari ke2 kami ditugaskan untuk ke Dataran Merdeka.. jam 4 pagi dah kena celik mata.. mandi2.. siap2.. jam 5.15 pagi terus ke Dataran Merdeka untuk rehearsel sempena perarakan Hari Merdeka yang ke58 tahun ni.. 1st time hokay.. Ome kena join perarakan Hari Kemerdekaan ni.. seumura hidup  selama 29 tahun, ini la kali pertama diberi peluang untuk menjayakan Hari Kemerdekaan Malaysia.. excited? entahlaa.. macam-macam rasa dalam hati ni.. 


Happy jugak la sebab diberi peluang kan.. bukan semua orang mampu diberi peluang untuk join program-program sebegini.. tapi takut sebab katanya hari yang sama akan diadakan perhimpunan BERSIH 4.0 .. uols tahu kan perhimpunan ni untuk apa..  uols rasa apa perasaan me sekarang ni? huhu.. harap-harap tidak ada la perkara-perkara yang tidak elok berlaku pada hari kejadian.. takut ooo.. dengar kata perhimpunan tersebut akan diadakan disekitar Dataran Merdeka.. dah nama pun BERSIH.. mungkin niat mereka-mereka yang join perhimpunan ni untuk menyuarakan luahan perasaan dan pandangan kepada pemimpin-pemimpin negara ni kan.. tapiiii.. yang jadi tak bestnya bila ada sebahagian manusia-manusia yang ingin merosakkan bangsa dan agama di Malaysia ni akan mencetuskan sesuatu yang tidak elok.. dan yang pastinya orang awam jua yang akan jadi mangsa keadaan.. ntahlah.. tak tau nak habaq lagu mana aih.. apapun, marilah kita doa semoga tidak ada perkara-perkara yang tidak elok berlaku sepanjang event tersebut.. aamiin ya rob..



Apapun, selama 2 hari raptai sempena perarakan hari Kemerdekaan hari isnin ni sangatlah buat me teruja.. beberapa tahun sudah ada la jugak pergi masa hari kejadian.. tapi sebagai urusetia untuk beri bendera-bendera kepada orang awam untuk kibarkan bendera Malaysia.. tahun ni ditugaskan untuk join sama-sama perarakan di bawah kumpulan PERKHIDMATAN AWAM.. kalau ternampak me kat tv tu lambai2 la eh.. hahaha.. 

muka excited disitu terserlah bilamana nampak kuda.. ahaks..

salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *kecik2 dulu suka sangat tengok pekerjaan badan-badan beruniform ni.. xkira la.. polis ke.. askar ke.. bomba ke.. bila tengok kakak-kakak FRU bawa kuda tadi rasa teruja pulak nak tukar profession.. demn!!! segakkkk.. rs macho giler wei.. nak tukar keje boleh En. Husband??? hahaha.. #kbye


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...