19 August 2006

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

28 August 2015

~SELAMAT HARI MERDEKA~

Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang penuh barokah.. hari ni hari ke2 kami ditugaskan untuk ke Dataran Merdeka.. jam 4 pagi dah kena celik mata.. mandi2.. siap2.. jam 5.15 pagi terus ke Dataran Merdeka untuk rehearsel sempena perarakan Hari Merdeka yang ke58 tahun ni.. 1st time hokay.. Ome kena join perarakan Hari Kemerdekaan ni.. seumura hidup  selama 29 tahun, ini la kali pertama diberi peluang untuk menjayakan Hari Kemerdekaan Malaysia.. excited? entahlaa.. macam-macam rasa dalam hati ni.. 


Happy jugak la sebab diberi peluang kan.. bukan semua orang mampu diberi peluang untuk join program-program sebegini.. tapi takut sebab katanya hari yang sama akan diadakan perhimpunan BERSIH 4.0 .. uols tahu kan perhimpunan ni untuk apa..  uols rasa apa perasaan me sekarang ni? huhu.. harap-harap tidak ada la perkara-perkara yang tidak elok berlaku pada hari kejadian.. takut ooo.. dengar kata perhimpunan tersebut akan diadakan disekitar Dataran Merdeka.. dah nama pun BERSIH.. mungkin niat mereka-mereka yang join perhimpunan ni untuk menyuarakan luahan perasaan dan pandangan kepada pemimpin-pemimpin negara ni kan.. tapiiii.. yang jadi tak bestnya bila ada sebahagian manusia-manusia yang ingin merosakkan bangsa dan agama di Malaysia ni akan mencetuskan sesuatu yang tidak elok.. dan yang pastinya orang awam jua yang akan jadi mangsa keadaan.. ntahlah.. tak tau nak habaq lagu mana aih.. apapun, marilah kita doa semoga tidak ada perkara-perkara yang tidak elok berlaku sepanjang event tersebut.. aamiin ya rob..



Apapun, selama 2 hari raptai sempena perarakan hari Kemerdekaan hari isnin ni sangatlah buat me teruja.. beberapa tahun sudah ada la jugak pergi masa hari kejadian.. tapi sebagai urusetia untuk beri bendera-bendera kepada orang awam untuk kibarkan bendera Malaysia.. tahun ni ditugaskan untuk join sama-sama perarakan di bawah kumpulan PERKHIDMATAN AWAM.. kalau ternampak me kat tv tu lambai2 la eh.. hahaha.. 

muka excited disitu terserlah bilamana nampak kuda.. ahaks..

salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *kecik2 dulu suka sangat tengok pekerjaan badan-badan beruniform ni.. xkira la.. polis ke.. askar ke.. bomba ke.. bila tengok kakak-kakak FRU bawa kuda tadi rasa teruja pulak nak tukar profession.. demn!!! segakkkk.. rs macho giler wei.. nak tukar keje boleh En. Husband??? hahaha.. #kbye


25 August 2015

~JANGAN JATUH (FJ)~



Bila tengok Fynn Jamal dan keluarga kecilnya.. Me percaya.. setiap apa yang Allah tentukan pasti ada hikmah disebaliknya.. walau anaknya bukan berasal dari dalam perut nya.. tapi kalau tengok muka Juna, seakan-akan sama kan.. e2lah kuasa yang Maha Esa.. siapa kita nak pertikaikan takdirNya.. siapa kita nak merendah-rendahkan orang lain hanya kerana belum dikurniakan cahaya mata? mandul? perkataan yang Me xkan lupa sampai bila-bila.. caci la.. maki la.. sepak terajang la.. tapi kalau perkataan mandul tu keluar untuk wanita yang tidak berkemampuan melahirkan zuriat darinya... tau tak apa prasaannya? 


Demmit! kalau anak tu boleh dijual beli dengan Tuhan.. kalau la anak itu boleh terjadi seperti kilang pemprosesan..  hari ni buat esok jadi.. kalau la anak itu terjadinya dari masakan.. alangkah indahnya kan.. tapiii.. apa hak kita nak pertikaikannya??? nikmat apa yang kita nak dustakan sehingga tidak nampak segala nikmat yang telah DIA berikan? in shaa Allah.. soon.. one find day.. kalau bukan dari darah dagingg me sendiri.. me percaya.. rezeki anak itu akan tiba jua.. #matamasukhabuk



Allah tahu apa yang terbaik.. I trust HIM.. kalau bukan di dunia.. Ome percaya dia  menunggu di Syurga.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! * Ingat ya.. ada adik perempuan kan? dah nak kahwin kan? kalau adik tu tidak diberikan zuriat.. jangan kata Allah Tak Payung.. sekian.. bercakap guna akal.. bukan ikut perasaan.. #kbye


21 August 2015

~HAPPY WEEKEND UOLS~

 
Keep Smile And Happy Weekend Guys! Muaahhh Cikeddd :D
Hollaaa.. Assalamualaikum.. Salam Jumaat yang penuh barokah!  Happy Weekend uols.. yeahhh!!! Esok cuti.. muahhhhh cikeddd..

Salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! * jangan jatuh #kbye


20 August 2015

~SEPERTINYA (FJ)~

Repeat repeat dan repeat!!! tak tau kali ke berapa.. x rugi beli album ni.. sampai En. Hubby tanya.. lagu apa ni? tak best pun.. pfffttt..  padahal dia stress sebab Ome dok repeat la lagu tu berpuluh juta kali.. sampai dia nak dengar Sinar FM pun Ome tak bagi.. kah kah kah.. nasib la.. aishhhh.. takde unsur-unsur kesenian langsung la awak ni En Husband.. lagu ni lagu puitis yang hanya orang-orang yang ade 'RASA"  je yang faham setiap bait-bait yang di lontarkan oleh FJ.. ewahhhh.. masuk dah saka jiwang dalam badan mu ye Ome.. hahaha..  i love all the songs.. but of coz lagu ini yang asyik diulang-ulang.. tak cukup dalam kereta.. sambung pulak kat ofis.. x cukup kat ofis.. dengar pulak dalam bilik tido.. x cukup tu plak, sebelum nak tido pasang jugak lagu ni.. demmit! jangan rosak cd tu sudah.. huhuhu..


Dipersilakan google dan layan.. kalau nak lagi sedap beli dari itunes.. hat tu mmg the latest version.. kalau tak dapatkan album terbaru di pasaran.. wahh! promote.. hehehe.. tapi Ome lagi suka masa dia nyanyi live kat showcase hari tu.. nasib sempat rakam time dia nyanyi lagu tu.. bulu bulu roma mencacak cacak .. serammm! huhu.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! *kalau cinta itu ada muka.. it's just perfect! Kerana aku tidak mahu berkongsi rasa (FJ) #kbye 


19 August 2015

~HAPPY ANNIVERSARY HUSBAND!~

Assalamualaikum.. Holllaaa.. ok2.. izinkan Me untuk meluahkan bait-bait perasaan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ome dan Encik Husband yang ke 9 tahun.. yer uols.. tahun ni genap 9 tahun Ome menjadi isteri kepada suami ku tercinta Tarmizi Bin Abdullah.. 19.08.2006 - 19.08.2015.. how time flies.. boleh bayangkan tak umur 20 tahun Ome sudah sah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang Ome hanya kenali tak sampai setahun perkenalan kami..  Jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan ilahi.. 
1st of all Ome nak ucapkan syukur kehadrat Allah SWT.. kerana masih memberikan peluang dan ruang untuk kami suami isteri melayari suka duka bahtera perkahwinan kami.. bukan mudah nak handle manusia yang bernama FARAH SYUHAIDAH BINTI AMINUDDIN ni yer.. bak kata orang Terengganu.. BHABEI! hahaha.. keras kepala.. banyak kekurangan pada diri ini dan En Husband me memang seorang yang penyabar..  klu lelaki lain belum tentu boleh bertahan dan sabar.. sebab tu kot kami di jodohkan dan kami saling melengkapi kekurangan yang ada pada diri kami.. Terima kasih En. Husband.. Terima kasih untuk suka duka pahit manis masam masin untuk 9 tahun ni.. terima kasih kerana bertahan dalam mengukuhkan hubungan ini dan sentiasa menyayangi diri ini.. thank you for being apart of my life.. terima kasih kerana berusaha menjadi menantu yang baik untuk kedua ibu bapa Me.. terima kasih kerana menerima ahli keluarga Me dari dulu kini dan selamanya.. Terima kasih kerana sentiasa mendahulukan family Me.. sebab he knows.. walau Me dah menjadi isterinya, kelemahan Me terletak pada redha ibu bapa Me.. klu nak pujuk me, mmg ibu ayah la yang akan pujuk Me..  Orang lain tak jalan der.. ahaks.. Maaf kan orang ( tak manja sungguh la bahasakan diri orang je kan.. huh!!!)  En. Husband.. Maafkan segala kesilapan dan keterlanjuran yang orang buat samada abang sedar atau tidak.. Orang berusaha untuk jadi isteri yang baik untuk abang tetapi untuk sekaya Balqis, secantik Zulaikha, sekuat Sarah, semulia khadijah, setaqwa Aisyah dan wanita-wanita lain yang harus dibanggakan oleh suami-suami..  adalah jauh sekali antara orang dan mereka-mereka ini husband.. Orang adalah wanita akhir zaman yang hanya ingin menjadi dan akan berusaha untuk menjadi wanita solehah untuk abang.. selagi nyawa dikandung badan, orang akan berusaha untuk kekalkan hubungan ini hingga ke jannah.. in shaa Allah.. *mata masuk habuk* #Kbye
Kalau panjang umur murah rezeki tahun depan nak buat post wedding untuk ke10 tahun.. nak buang tebiat pakai baju pengantin and amik pic outdoor.. almaklumlah.. pengantin lama tak sempat nak ber out door bagai dulu.. Doakan hubungan kami hingga jannah ya.. Dan semoga doa yang SATU dan ditunggu-tunggu dimakbulkan oleh Allah SWT..  in shaa Allah.. amin yarobal alamin.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! * Fall in love with someone who deserves ur heart according to Allah laws, not someone who plays with it according to their desires #kbye


17 August 2015

~Fynn Jamal Showcase~

SEPERTINYA - FYNN JAMAL

" OF COZ WE KNOW.. KITA BUKANLAH BODOH SANGAT UNTUK TIDAK MELIHATNYA.. KALAU DAH NAMANYA MANUSIA.. MESTI ADA YANG SUKA MESTI ADA YANG TAK SUKA.. MATANG ADALAH MEREKA YANG MENERIMA HAKIKAT HIDUP ADALAH MATI.. MAKANYA THE ONLY ONE WE NEED TO PLEASED ADALAH ROBBI IZZATI.. TIDAK ADALAH DUNIA ADALAH UJIAN KEPADA KITA.. MACAM MAIN GAME JUGAKLAH.. KALAU DAH UNLOCK SATU LEVEL.. THE NEXT ONE AKAN LAGI SUSAH TAHAP GILER UNBELIEVEABLE..  DARI PEMARAH KITA JADI PENYABAR.. DARI PENYEDIH KITA JADI PEMBAHAGIA.. TAPI TAKKANLAH SYAITAN-SYAITAN BERPUTUS ASA DENGAN KITA.. LALU DIHANTAR PULA MANUSIA-MANUSIA UNTUK MEMETIK SABAR KITA SAMPAI KONTANG.. BERTOPENGKAN NIAT YANG BAIK KADANG-KADANG.. ADAKALA SEBAGAI JAHAT YANG TERANG.. KITA DIDATANGI MANUSIA YANG BERKEHENDAKKAN KEMBALI NEGATIF.. DON’T LET’S THIS CLOUDS BLIND YOU.. ISITIGFAR.. AND POLITELY.. ASK THEM TO LEAVE.. KALAU TAK TERDAYA.. DIAM.. PANDANG! TAPI JANGAN DENGAR.. PULANG.. INI SEMUA SYAITANNN DARI ANNAR.. GODS KNOWS I HAD SOME WHAT GAIN ENEMIES JUST BECAUSE I SAID NO TO SO MANY COMMON YESSES AMONG PEOPLE.. NO MATTER HOW POLITE , IT IS NEVER EASY TO TELL PEOPLE IT IS EQUALLY WRONG TO DELIVERY NEGATIVITY TO THE WORLD.. TAPI TAKPELAH.. KEEP YOUR PRAYERS.. AND HOPE.. ONE DAY MAKES ALLAH SEE .. KITA SAYANG SEMUA KAN.. KITA NAK SEMUA MASUK SYURGA KAN.. JADI KITA KENA JAGA DIRI KITA.. DAN SEMUA ORANG KELILING KITA.. SAYA FYNN JAMAL.. DAN INI PUISI TEPI JALAN.."
 BY FYNN JAMAL (PTJ ALBUM) 

New Album.. Puisi Tepi Jalan.. love it!

Hollaaa.. Assalamualaikum..  woohaa! deep tak deep tak? hah!!! baru tau ka.. hehe.. i really really really in love with this lady.. seriously.. bak kata Fynn Jamal.. she is not a singer.. but she is a story teller.. siapa tak kenal Fynn Jamal?  the one and only penyanyi yang boleh buat uols rasa sentakkk senduuu sentappp dengan lagu-lagu nya yang sangattttt la deepp.. tak caya??? beli album terbaru nya Puisi Tepi Jalan.. 


Actually dah lama jugak Ome mengikuti perkembangan Kok Ping ni thru Instagram.. dari dia keje and stay kat Khazastan lagi.. sampai la dia balik Malaysia.. n sampai la dia dah bertudung litup macam sekarang ni.. cerita-ceritanya boleh dijadikan motivasi dan memberikan inspirasi pada kita semua.. serious!!! tak tipu.. dari awal dia masuk je stage sampai la habes.. Dengan menatap wajah seorang wanita yang sangat la penuh dengan cerita disebaliknya.. ceritanya yang bersahaja.. lawak nya yang gila-gila.. dan ada masa kita akan meratap hiba setiap alunan lagu yang di nyanyikannya.. demmit!!! hahaha.. tetiba rasa senduuuu dh kenapa Ome? hahaha..  hidup tak selalunya indah.. ada masa kita akan berada di atas.. ada masa kita akan berada di bawah.. tapi ingat!!! stay humble.. bait-bait lagu terbang tunduk yang banyak memberikan semangat pada hamba-hamba Allah seperti kami yang hina ini.. untuk album kali ni, I LOCK untuk tiga lagu yang bermain difikiran me.. SUATU YANG PERNAH.. JANGAN JATUH.. and the latest one new song.. SEPERTINYA.. n of coz lagu BIAR.. lagu ni khas untuk ayahanda-ayahanda tercinta kita-kita semua.. hat ni memang deeeppp oiii deeppp.. sebakkk senduuuu sentappp.. menusuk kolbuu..  ehhh.. malas nak story panjang lebaq kat ang.. cari arh album ni.. hehe..

SUATU PERNAH - FYNN JAMAL


Masa dapat tau Fynn nak buat showcase.. terus rasa excited terkinja-kinja nak pergi.. memang sebelum ni ade jugak terfikir nak tengok persembahan dia.. tapi sebelum-sebelum ni tak berkesempatan.. ade je kekangan.. n disebabkan im the one followers Fynn yang berpuluh-puluh ribu tu, and dapat tau ade showcase ni terus cari info and click click click.. maklumat di hujung jari katanya.. ahaks.. macam biasalah.. bowdigat jadi mangsa.. hehehe.. tq bowdigat.. tq sebab teman Me tengok Kok Ping.. tp yang tak tahan bowdigat me yang senduuuuuuu dari awal kok ping naik atas stage.. sampai la ke penghujung tau dakkk.. oemjiii..  ahahaha.. bowdigat me nampak je macam abam abam sado.. tapi hatinya rapuh macam fishball belah 8.. bak kata kak aida.. ahaks.. lembikk.. tupikkk.. btol la.. dont judge a book by its cover.. caya tak klu Ome kata, antara Ome dengan bowdigat, deeppp inside our heart.. dia lagi lembikk.. Neng Yatimah sgt ko kak! hahaha.. #kbye

thank you temankan Me bowdigat
art sangat area ni..1st time me teruja..inspired sgt.. hehe.. 
Sebuah karya yang memberikan inspirasi kepada semua.. lebiuhh kok ping!

I can feel her tears.. i can feel her soul.. i can feel her craziest.. bak kata Fynn Jamal jugak.. setiap laluan yang Allah telah tetapkan ada hikmah disebaliknya.. i really adore u kok ping! u make us proud of u.. dont expect too much.. everything happened has a reason.. deeeppp!!! salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! kenapa kita selalu nak balik orang yang sanggup menjahanamkan kita? yang diri dah hancur macam mak ayah kita tak pernah tatang kita.. kita lupa kita ada harga (JANGAN JATUH).. sebenarnya.. kita tahu apa yang sepatutnya.. tapi selalunya.. kita pejam mata.. kita buat macam tak ada apa.. sebab hakikatnya kita malu untuk mengaku yang kita tahu.. soalannya?? sampai bila ( Fynn Jamal).. #kbye

THANK YOU KOK PING FOR YOUR HUGS.. I REALLY NEED THAT HUGS.. THANK YOU.. *SENDUUUU* #KBYE

13 August 2015

~Story Mory Sekali Harung ~


Assalamualaikum.. Hollaaa.. yeahh! hari ni baru dapat update story mory.. sebab? sebab ntah.. rs nk update hari ni.. legaa.. phewwwww.. rasa macam beban yang selama 4 tahun ni release.. faham tak? tak faham? tak faham abaikan.. yang penting rasa lega sgt2.. syukur alhamdulillah..

hye!!! #kbye

Okey.. hari ni nk story pasal ayahanda tercinta ajak anak-anak berkumpul dan makan-makan.. dah jadi tradisi keluarga Aminuddin dan Zaharah.. everytime if ade je anak beranak yang menyambut hari jadi, sambutan hari ibu ke.. sambutan hari ayah ke.. what eva la yang kami sekeluarga rasa bersyukur kehadrat Allah SWT.. mesti ayah ajak celebrate.. alhamdulillah.. syukur kehadrat Allah.. kerana berikan Me sebuah keluarga yang sangat la menyayangi antara 1 sama lain.. terima kasih ayah.. terima kasih ibu.. disebabkan meraikan 3 orang.. bak kata my sister in law, cikda.. celebration sekali harung namanya.. ahaks.. 

My Siblings..

Celebration untuk nephew Ome si Darwisy.. sempena hari lahirnya yang ke2 tahun.. celebrate my lil bro Adik Annas yang ke27 tahun.. dan of coz for Me.. sempena graduation.. bg orang lain, mungkin graduation tu biasa je.. tapi bukan untuk Ome.. biarlah orang nak kata nampak nau gila nak graduate.. excited tahap gaban.. i dont care.. yang Ome tau.. selama 4 tahun ni.. hanya DIA saja yang tahu apa yang Ome lalui sepanjang 4 tahun bergelar seorang pelajar.. lagpun dah nama pun celebration.. of coz ayah dan ibu pun turut happy.. of coz dorang nak meraikan bersama-sama.. klu tak masakan ayah yang paling excited nak ikut Ome g Penang dan tengok Ome graduate thn ni kan.. hari2 la dok tnya Ome dh booking homestay ke.. bila tarikh nya.. adehh.. punyalah ayahandaku tercinta tu excited.. klu tanya Me.. excited ke? ntahla eh.. banyak sebab kot.. tak tau nak ckp mcm mana.. ehhh.. ntahlah.. tapi apaun,  syukur alhamdulillah.. Ome percaya Ome berjaya pun disebabkan doa dan restu ibu bapa dan en hubby Ome.. terima kasih Allah.. tanpa mereka.. tanpa doa mereka.. uols rasa Ome boleh berjaya? tepuk dada tanya hujung pangkal hati eh.. apapun, doa ibu ayah adalah yang paling mustajab.. *ya Allah.. berikan kesihatan yang berpanjangan untuk ibu dan ayahku..  permudahkan urusan ayah dan ibuku.. lindungi mereka dari azab api nerakaMu.. aamiin Ya Rob"

Terima kasih ayah.. Terima kasih Ibu.. muuuaaaxxxhhh!!!
With my love patzi.. #AmizahClan  

Bertempat di Yunnan Steamboat Cyberjaya.. selalu sangat dah makan nasi putih, ikan masak 3 rasa.. tom yam.. telur dadar.. kali ni kasi tukar pulak menu.. kte terjah steamboat pulak.. disebabkan sabtu lepas En. Hubby standby.. tak boleh kemana-mana lebih dari 25km.. jadi tempat yang paling hampir hanyalah sekitar Bangi, Serdang, Dengkil dan Cyberjaya.. actually ayah nak banjer seafood kat Bagan Lalang.. tapi apakan daya.. steamboat pun steamboat la.. yang penting quality time with my love patzi.. for me.. steamboat kat sana banyak pilihan.. tapi tak bleh lawan Johnny's kot.. ntah eh.. johny's nye tom yam dan sup mmg meletop bagi Ome.. tapi rege jgn ckp la kan.. ahaks.. kat Yunnan Steamboat ni seorang dia kira rm30.. disebabkan lebih dari 10 orang, dia bagi diskaun 10%.. buffet.. okeyla.. next time klu rasa-rasa nk repeat boleh saje.. tp make sure jangan makan dari pagi bawa ke malam la.. baru worth it nak bayar kan.. klu jenis perut kecik.. makan pun ala-ala kadar.. tak payah la.. membazir.. e2 je pesanan penaja.. hehe :D


Yunnan Steamboat Cyberjaya

oh ye.. dah alang-alang story mory.. Ome nk story pasal Ome menang contest Nescafe ritu.. act Ome tade la excited sgt nk jumpa abg sado.. tapi sebab Ome teringat si bowdigat Me yang suka nau nau dengan abg sado Zul Arrifin ni, Ome saje try masuk contest tu.. 2 hari sebelum tarikh tutup, Ome submit form.. tetetiba tara!!!! Ome dpt sms kata Ome terpilih dan dijemput ke Open House Rindu Awak 200% Raya di One World Hotel Petaling Jaya.. ewahhh.. kemain excited la kan makcik tu.. Disebabkan tahun ni bowdigat kata jangan belikan apa-apa hadiah untuk dia, so, Ome bagi hadiah jumpa abam sado kesukaan dia.. punyala makcik tu senyum sampai ke telinga.. suka eh? yang penting bukan abam sado je ade.. si kecik molek Ayda Jebat pun datang jugak.. dah nama pun couple dalam drama tu kn.. haruslah heroin pun ikut.. and pelakon pembantu Kayl Shafek, Mimi pun ade.. klu tanya Ome excited ke? hmmmmm.. klu jumpa Lee Jun Ki mmg Ome sawan kot... hahaha.. #kbye

Terima kasih Nescafe =p

wefie time!!! yeahhh.. gegeh!!! hahaha..
Rindu Awak 200%
salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *cerca la sebanyak mana.. hina la sebanyak mana.. katalah apa pun.. kalau itu mampu buat kau gembira.. tugasku selesai.. #kbye




 

06 August 2015

~SUATU PERNAH~


Habis sudah madah
tak ada satu pun yang tertinggal
setiapnya telah kau ambil dan terus engkau jual
.
seolah tak pernah memakna apa
seolah tak pernah kau inginkannya
seolah tak pernah
.
dikutipku bila sudi
di bila tidak, dibiar mati
dan lebih menyakitkan, ku tetap tunggu di tepi jalan
seperti tak pernah ku ada harga
seperti tak pernah kita bersama
seperti tak pernah kau mau aku—
tak pernah rindu
tak pernah rayu
dulu
.
terlebur-hancur kebal-rusukku
berkacai-sepai terpecah-belah
terima kasih atas ajarmu
cinta tak wujud
ah tak pernah
.
dan dengarkan jeritku jujur tak terfitnah
kau hanya bangiku suatu yang pernah

takkan ada apa yang mampu untuk buat kau pulang
bila sudah tiada rasa— bikinlah apa, tetap kau terbang
takkan ku pujuk kau jangan pergi
takkan ku minta kau fikir lagi
takkan ku paksa renung semula
takkan ku suruh apa-apa
takkan ku izin tubuh dibuka
takkan ku pamer reput di dada
takkan ku lemah
takkan ku goyah
takkan ku biar tubuh didarah
.
terlebur-hancur kebal-rusukku
berkacai-sepai terpecah-belah
terima kasih atas ajarmu
cinta tak wujud
ah tak pernah
.
dan dengarkan jeritku jujur tak terfitnah
kau hanya bangiku suatu yang pernah

Salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Ni klu lisma tau ni comfirm kena boooooooo .. ahaha.. lisma.. shhhhhhyyyy... biar sore kurang sedap jangan kurang ajar.. hahaha..  #kbye

04 August 2015

~Selamat Beramal~

Hari-hari maki hamun orang.. tak penat ke? tak pernah rasa bersalah ke? tak pernah rasa esok-esok lusa mati macam mana? merangkak kat Padang Masyar satu hal nak minta maaf.. Pernah fikir tak perasaan orang yang dimaki hamun sesuka hati? atas sebab apa? tak puas lagi ke maki hamun? takkan nak tunggu sampai hati tu hitam berkeladak baru nak sedar? salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! *stay away meaning dont disturb others life.. get it??? #kbye
 

~Syukur Selalu~

Assalamualaikum.. Holllaaaaa.. Syukur Alhamdulillah.. semalam Ome sudah tahu keputusan penuh untuk CGPA tahun ni.. nak tepek sini macam malu.. almaklumlah.. bukan dapat anugerah dekan kan.. tapi apapun syukur alhamdulillah.. cukuplah uols tahu  penantian 4 tahun akhirnya berakhir semalam bilamana result penuh dah pun keluar.. in shaa Allah.. kalau tiada aral melintang boleh konvo tahun ni.. terima kasih Allah.. terima kasih En. Hubby.. terima kasih ayah ibu.. terima kasih sahabat.. terima kasih rakan-rakan seperjuangan.. terima kasih rakan-rakan di Kementerian dan tidak lupa pensyarah-pensyarah yang telah memberikan ilmu sepanjang Ome menuntut disana.. syukur syukur syukur.. Tanpa sokongan dorangan dan kepercayaan yang diberikan, rasanya dah lama tersungkur di tengah jalan.. * Im Blessed * 
Terima kasih Allah
Bila teringat Penang, mula la terkenang laksa janggus idaman kolbu.. ehhh... yang the latest Ome dapat tau kat Penang ade nasi 7 Benua.. demn! napela bila dah hujung-hujung sesi pembelajaran ni baru ku tahu Penang tu SYORGA makanan.. hailaah.. selama 4 tahun belajar kat sana rasanya tadelah terkenang-kenang sgt Penang tu.. seriously.. Im gonna miss Penang.. walaupun Penang tu horror giler sebab manusia-manusia yang mcm kurang tamadun, bawa kereta macam dia sorang je nak sampai kan.. tapi tak semua la yang cenggitu.. kebanyakkan.. mcm org KL jugak.. ade jugak versi kurang tamandun.. huhu..
nasi 7 benua!  #kbye
Siapa pernah makan nasi ni? Ome dapat info dari one of student USM yang akan sama-sama graduated bulan 11 ni.. in Shaa Allah.. sekiranya tiada aral melintang, tarikh yang sahih abang mie bgtau 17 -21 November 2015 ni.. dalam 3 hari Ome kena berada di sana.. hari untuk ambil jubah.. hari untuk raptai.. dan hari yang ditunggu setelah 4 tahun berhempas dan pulas untuk mendapatkan segulung ijazah.. syukur Alhamdulillah ya Allah.. semoga impian yang dicita-citakan sekian lama dimakbulkan Allah.. aamiin ya rob.. So, berbalik pada menu ni tadi.. Ome dapat info kat sana hanya ade satu je kedai yang menu nya sangatla menarik.. tak tau la klu kat KL ni dah ade menu sedemikian rupa.. unik! ehhh.. ada jugak yang naik Penang sebelum hari kejadian ni kang.. kang..kang.. kemaiiinn.. hmmmmm.. short vacay boleh? ahaks.. tetiba rasa rindu giler kat Penang.. tetiba rasa rindu dengan memory di Penang.. y Penang? y Penang? uhuhu..

Everything happened has a reason
Reward 4 myself.. thank you bowdigat!
Nanti Ome update kalau jadi naik ke sana.. kena  plan baik punye.. memandangkan cuti tahunan pun tinggal suam-suam kuku, maybe just take a break sahaja yang perlu dilakukan.. tapi.. ade satu tempat yang Ome dah jumpa dan sesuai untuk celebrate kejayaan Ome dan release beban yang membelengu fikiran selama ni.. apapun syukur selalu.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! * Acceptable! stay away.. will do..  #kbye 


#stawawayacceptable

 #deep


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...