19 August 2006

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 February 2016

~STEPS BENTONG PAHANG~

Hollaaa.. Assalamualaikum.. maju!! jaya!! maju! jaya! aku kaya aku kaya aku pasti kaya!!! ecececeewahhhh.. baru balik dari mencari dan menggali ilmu.. semangat nya berkobar-kobar.. uols layankan je la Me ni ya.. almaklumlah.. baru balik dari seminar.. semangat penuh jitu perlu ditonjolkan pada semua.. mana tau dengan semangat yang ditunjukkan ramai lagi usahawan-usahawan wanita amnya yang bumiputera muda belia ni berjaya dalam bidang usahawan kan..  maju! jaya!!! takbir!!! (muka semangat)... hahahaha.. kan Ome dah kata.. 4 minggu berturut-turut Ome bz.. n last week Ome bz hadir seminar meningkatkan keyakinan dalam perniagaan uols.. pst..pstt.. 4 minggu turut-turut jgk Ome cuti panjang.. ngeh.. ngeh.. ngeh.. orang lain 3 minggu je dapat cuti hari isnin.. Ome tambah cuti sendiri sebab 4 minggu ni memang jadual padat! tak boleh nak pk langsung hal orang lain kalau tak penting dalam hidup Ome.. alhamdulillah.. im trying my best! daebakkk!!!

I want to be a Laksawan!!!
Sebenarnya Ome baru balik dari Seminar Usahawan Bumiputera anjuran USAHANITA (Usahawan Wanita) dengna kerjasama Akademi Usahawan Mikro (AUM).. kalau uols nak tau STEPS ni bermaksud Scaling Up & Transformation of Women Entreprenuers Programme.. Seminar ini adalah seminar Khas untuk usahawan wanita bumiputera sahaja.. mampu??? sekarang ni sudah ada program-program khas untuk wanita-wanita bumiputra sahaja uols.. kalau bukan bangsa sendiri yang bekerjasama dan berganding bahu memajukan bangsa sendiri, nak suh bangsa mana lagi kan? bukan kata seminar ni racist ye uols.. tapi ini adalah satu seminar yang mana bangsa-bangsa melayu ingin berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain yang telah maju.. mcm Negara Jepun la kan.. klu uols tengok.. dorang ni lebih utamakan bangsa mereka dari bangsa-bangsa lain.. beli produk pun mesti kena beli dari produk bangsa mereka sendiri.. susah la kalau nak tengok bangsa Jepun ni nak gunakan produk dan barangan bangsa lain.. kalau ada pun ciput je wei.. so dengan adanya seminar ini, we ols boleh tengok betapa ramai sebenarnya usahawan-usahawan melayu bumiputra yang kian meningkat dari sehari ke sehari.. 

'THE 1ST THING YOU WANT TO DO IN ANY BUSINESS IS NOT TO BAD MOUTH YOUR COMPATITOR'
"DOA RESTU AYAH IBU"
"IN BUSINESS IF U ARE NOT NETWORKING YOU ARE NOT WORKING"
"TOUCH THE SOFT BUTTON OF THE BUYER"
"THERE IS NO 2ND CHANCE FOR THE 1ST IMPRESSION"

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi). Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya: "Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi). Nampak tak?? Dalam islam pun telah mengatakan perniagaan merupakan pekerjaan yang baik.. pekerjaan yang boleh meningkatkan keuntungan dan bersama-sama meningkatkan ukhkwah di antara sesama kte.. btol dak? 

"SELAGI TIDAK JUMPA KEUNIKAN DALAM PERNIAGAAN ANDA, ANDA MASIH TIDAK BOLEH BERSAING"
AKU KAYA! AKU KAYA! AKU PASTI KAYA!

Serious! for me seminar ni sangat berbaloi-baloi.. dengan bayaran sebanyak RM110.00 sahaja sepanjang 3hari 2mlm (bayaran termasuk penginapan, makan minum, alat tulis)  kursus diberikan.. siapa nak bagi wei? dah ada peluang kan? grab la sayang-sayang.. Dengan hadir seminar ini, kte akan lebih terbuka.. dapat menambahkan networking (penting wei networking itu penting).. bukan pergi sana nak jual / promote produk barangan je uols.. banyak manfaat nya.. masa seminar ni ada kakak ni berpurdah lagi.. produk nya jual gula-gula gummy tu je uols.. tapi income? sebabnya gummy tu berasaskan makanan sunnah.. kurma, buah delima, madu.. Boleh dikatakan yang join seminar ni yang baru nak menapak dalam perniagaan.. tak bangga ke uols tengok usahawan bangsa melayu kte ni ada yang telah berjaya.. kalau uols tanya Me, memang Me cakap berbaloi-baloi.. bayangkan seminar ni harganya lebih dari RM2500++ tapi sebab pihak penganjur ni adalah USAHAWAN WANITA dibawah NGO jadi kte bayar pun sebanyak RM110.00 sahaja.. Kos yang lain? ditanggung uols.. mana nak dapat seminar murah macam ni? Yang pernah pergi Seminar harga beribu pon suggest pegi kursus ni...mereka akan pantau perkembangan kita dan akan bantu kita mana yang kita kurang. All in bengkel... takde product sendiri pon bole join...yang penting ada SSM.. mereka tak lepas tangan...in shaa Allah... (petikan dari hati my bowdigat).. pinjam ayat Mu ya bowdigat.. hehehe.. 

my bff, my sister, my bowdigat, my sewelnes :p

So apa tunggu lagi, uols ada peluang lagi.. sebab ada 3 tempat di Semenanjung Malaysia iaitu Melaka, Johor dan Kelantan penyertaan masih dibuka.. nak tahu lebih lanjut? klik link ni.. kat sini uols boleh dapat info yang lebih padat.. Join Them Now!!! Osem wei! Tak tipuu.. Osem bak ang!!! Selama 3h2m bukan sahaja di ajar bagaimana untuk berjaya dalam bidang perniagaan.. Ada juga diselitkan slot sendu.. slot ketawa bersama menangis bersama.. ku bersumpah harap kita mati pun bersama.. bukan time susah je baru nak nanges kan.. slot amalan harian untuk meningkatkan ketaqwaan kte kepadaNya pun diselitkakn dalam program ni.. padat!!! nak tau lebih lanjut? call/whatsapp depa sekarang.. woohhhaa!!!

Salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! please la.. get a life! jangan waktu susah baru nak cari.. waktu senang kemain la update status bahagia.. New life.. Zimbawe life.. Bosnia Hezegovnia life la.. padahaL??? pffftttt... kalau bahagia alhamdulillah.. kalau tak bahagia??? lu pk la sendiri!!! #kbye


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...