19 August 2006

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 June 2016

~Selamat Tinggal Sayang~

Assalamualaikum.. Hollaaa... Im back!!! Lamanya Ome tak update en3 Ome ni.. pejam celik pejam celik, rupanya hari ni sudah 22 Ramadhan.. Maknanya hampir sebulan, semua umat islam berpuasa di bulan Ramadhan pada tahun 2016.. Untuk tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya jua, Ome mohon daripada Allah agar Ome dan En. Suami diberikan zuriat yang sempurna fizikalnya, zuriat yang soleh mahupun solehah, juga diberikan keampunan dariNYA dan menerima ibadah Ome pada tahun ini.. Aamiin Ya Robalamiin..


Dan hari ini juga, tanggal 27 Jun 2016 genap sebulan arwah meninggalkan kami.. ya.. sahabat dunia akhirat.. Siapa masih ingat Ome pernah story mory kat sini pasal sakit arwah 2 bulan lepas.. Ome dan bowdigat fly ke Kota Kinabalu untuk hantar ubat-ubatan tradisional.. tapi apakan daya.. Allah lebih sayangkan arwah.. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk arwah.. Sudah tertulis, pada 27 Mei 2016, Zubaidah Mohamad Ali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Johor Bahru.. Ya.. Arwah sempat pulang ke negeri kelahiran di Johor Bahru.. Ome redha.. Ome terima takdirNya.. tapi Ome sedikit terkilan kerana Ome tak sempat jumpa arwah untuk kali terakhir.. Ome dapat tahu daripada adik arwah, jam 9.00 pagi arwah meninggal.. sebak.. sedih.. pilu.. hanya Tuhan je yang tahu.. Ome hanya sempat jumpa dia di Hospital KK sebelum dia terbang pulang ke Johor Bahru.. Ome dah janji pada dia, Ome nak jumpa dia di JB.. tapi perancangan Allah, siapa kita nak menidakkanNYa? sampai ke hari ni, Ome masih lagi cuba untuk mengingatkan diri Ome, bahawasanya arwah telah meninggalkan kami.. Meninggalkan keluarga tercintanya.. Meninggalkan kawan-kawannya.. Meninggalkan orang-orang yang sangat menyayanginya.. Allah.. Allah.. Allah.. Aku Mohon padaMu.. "Kau Ampunkanlah dosa-dosanya Zubaidah Bt Mohamad Ali.. Kau tempatkanlah dia di antara kalangan para solihin.. Kau lapangkanlah kuburnya Ya Allah.. Kau terangilah cahaya kegembiraan dalam liang lahadnya.. Temukan aku dan dirinya di JannahMu ya Allah.. Lindungilah dia daripada azab api nerakaMu.. dan Tempatkan Zubaidah Mohamad Ali di Syurga FirdausMu.. Aamiin.. Aamiin Ya Robalalamiin.."


Salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! *Banyak kenangan yang akan disimpan rapi sampai akhir hayat Me.. I rindu U Joon.. I sayang u dunia akhirat.. Damailah disana sayang.. Jumpa u di syurga firdausi.. Sayang kamu.. Sayang kamu.. Sayang kamu.. -Alfatihah-




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...