19 August 2006

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

24 February 2016

~LEGOLAND JB~

Holllaaa... Assalamualaikum.. yeahhakk!!! story telling hari ni pasal short vacay last minute planning.. ehh.. tapi sebelum tu, Ome nak ucap tahniah kepada my bowdigat aka my sayangnes aka my bff 4eva.. i doakan semoga ibadah u mendapat ganjaran yang sempurna sisiNya.. i lebiuh sista.. muahhh!!!


My sayangness! muaahh!

Last weekend Ome, Husband dan Juna ke JB.. Sebenarnya short vacay ni percutian yang tidak dirancang dari awal.. Awalnya En. Husband beritahu TNB nak bagi tiket Free Legoland and sebenarnya dah lama TNB buka peluang pada orang ramai join contest ni.. Actually bukanlah contest sangat pun.. just install aplikasi TNB dalam googles apps.. pastu download apps TNB.. register 5 email.. dapat 2 tiket Free Legoland.. mudah kan??? tapi itulah.. mungkin tiada sambutan dari orang ramai, En Husband register kan la email-email yang kami ada.. sudahnya dapat la 4 tiket Free masuk ke Legoland.. yang bestnya tiket tu kalau kat kaunter harga RM200++ sebab tiket tu combo hokay.. Theme Park + Water Park.. e2 yang jadikan more excited! Memang sebelum2 ni ada jugak terfikir nak ke Legoland ni.. But since ramai yang cakap kalau bawa budak more worth it dan untuk adult ni, tak berapa nak worth it, so pendamkan je la niat nak ke sana.. Tetapi oleh sebab dah dapat tiket free.. apa lagik!!! woohaa!! pucuk dicita ulam mendatang.. rezeki datang bergolek, jangan di tolak musuh jangan di cari.. maka jadilah percutian singkat di hari minggu! hehehe.. :D


Taaara!! Marketing Comp - Combo tu.. Free je.. hehe :p
Maps Legoland JB

Hari Jumaat kami bergerak ke Melaka.. alasannya En. Husband kata awal sikit sampai di Legoland nanti.. malam tu kami berteduh di rumah mama bowdigat di Melaka.. so planning nya esok pagi2 terus gerak ke Legoland.. almaklumlah kan.. nama pun percutian singkat.. semuanya perlu dirancang dengan baik supaya aktiviti dan jadual disusun dengan baik.. hah!! uols mesti tertanya-tanya.. siapa lagi sorang yang ikut g Legoland ni kan.. sebab we ols ada 4 tiket free.. So, fikir punya fikir ajak la Fifi.. also my BFF masa di Politeknik dulu.. En Husband kata, bawa la yang bujang memandangkan tiket ada satu je.. kalau bawa yang ada partner kesian pulak yang ada partner tu.. takkan nak biarkan husband/wife sorang-sorang kat rumah kan.. sudahnya call la Fifi.. Fifi pun kata dia ada program Sabtu lepas.. kalau bagitau awal2, dia bley rancang elok2 kan.. tapi Fifi! We ols ni pun planning last minute.. mana pulak nak bgtau awk awal2 kn.. Fifi tanya Lismawati Ismail.. Lis bagitau dia Free.. nak ikut.. tapii!!! Dia kata dia segan.. plus dia kata ingat nak gerak sabtu petang.. pagi tu dia nak g laundry la.. nak wat itu la.. ini la.. bla bla bla.. taikk ang laaa.. cakap je la hang bz.. puih!! hahaha.. sudahnya, kami bertiga sahaja yang teruskan short vacay ni.. Actually tarikh luput tiket tu sebelum 27 Mac 2016 ni.. tapi disebabkan start minggu ni agak bz dengan aktiviti (bz sokmo la mung ni Ome), so, terpaksa jugak la redah last week.. 

Hello JB!
Once Upon A Time.. Bla.. Bla.. Bla...

Pagi sabtu tu, kami terus gerak ke Legoland.. booking hotel area Danga Bay tu..  kali ni ke JB drive sendiri. For me, kalau nak ke JB drive sendiri lagi syiokk.. bukan jauh sangat pun dari Putrajaya ni kan.. setakat 3 jam setengah tu.. Boleh tahan lagi la.. nak jalan-jalan cari makan pun lebih mudah.. malam di JB dapat cuci mata di Pasar Karat area town.. makan-makan kat Restoran Singgah Selalu.. Hello.. sekarang ni dengan adanya aplikasi waze ni, lagi mudah nak ke mana-mana.. n yang penting bilik hotel lebih besar dari hotel area town masa weols ke USS hari tu.. selesa pun selesa.. cuma takde lift.. tak kesah la.. stakat tido semalam kan.. no big deal.. yang penting kos dalam bajet.. hihihi.. we ols stay kat Golden Leaf Hotel Danga Bay je.. kalau uols suh comment hotel ni, Ome boleh cakap worth it dengan harga.. selesa pun selesa.. cumanya kalau yang pakai wheel chair tu tak sesuai sebabnya tiada ift untuk pelanggan yang OKU ni.. e2 je Ome nak comment.. yang lain tip top! selesa!!


Tshirt ni hanya dijual di Pasar Karat JB.. Me suka design ni dari 1st time Me tengok masa datang sebelum ni.. tapi time tu Me ingat boleh dapat kat tempat lain.. Jenuh cari kat Airport.. Still tak jumpa.. Since dah datang JB, kte grab satu! yeahhh!

Hah!! nak comment pasal Legoland ke? Macam mana nak cakap eh.. hhmmmm.. senang citer macam ni la.. Bagi Ome, kalau nak bawa anak-anak sekitar umur dari 6 tahun keatas memang Ome suggest ke sini.. Sebab game dalam ni kebanyakkan untuk anak-anak kecil.. Untuk orang dewasa pun ada jugak.. senang cite apa yang kanak-kanak boleh main tu, orang tua pun boleh main.. takde hal lah.. tapi kalau yang jenis suka thrill ala-ala USS tu, memang tak sama la level thrill tu kan.. tapi untuk Ome, apa je game yang dalam tu Ome tak melalak melolong.. Semua game Ome melalak.. hahaha.. tapi Ome suka Game Dino Island woii!!! gedebuss!!! merecikkk air.. Game tu dalam Theme Park je.. uols tak masuk water park pun takpe.. dapat berendam gak.. kah kah kah.. paling teruk kena percikan air tu En. Husband me.. En. Husband kata menyesal tukar baju.. sedangkan sebelum tu we ols berendam dalam Water Theme Park tu sejam.. Ada beberapa jenis game air yang we ols main.. sampai pening lalat gak la dibuatnya.. Tapi tak lama pun we ols dalam Water Park tu.. we ols tukar baju kering, pergi makan tengahari, terus masuk Theme Park.. konon-kononya masuk Theme Park tadelah game percikan air ni.. Nan hado!!! memang dorang bagi peluang pada yang tak masuk Water Theme Park tu boleh gak rasa berendam.. keh keh keh..


Mini Lego Traditional House di Malaysia
Semua tu lego tau! sila la percaya!
Fav En Husband.. Star Wars.. sengih je dapat tengok replika Star Wars.. huhu..
Ni la Game Dino Island.. Basah lencun En. Husband.. kah kah kah.. 
Geng baju merah.. senang nak cari kalau hilang.. hahaha.. 

Yang bestnya time we ols datang ni, tak ramai manusia yang masuk theme park ni.. Mungkin sebab sekejap-sekejap hujan skejap skejap hujan, jadi tak ramai pengunjung.. Sebab kalau hujan kilat sabung menyabung, Theme Park ini akan ditutup untuk semua pengunjung.. Untuk keselamatan kan.. tapi ok la.. setiap game weols main tak perlu nak beratur panjang.. ada satu game tu weols tak turun.. weols cakap kat adik tu nak main lagi sekali sebab tak dapat nak score untuk game tembak-tembak.. hahaha.. tak pernah abad eh Ome g mana2 Theme Park boleh main game tak payah Q panjang.. syiiookkk oooo.. tak macam g USS dulu.. g Disneysea Jepun..  semua game nak kena beratur.. paling sekejap pun kena beratur 30 minit.. ada yang sampai berejam-jam nak kena Q sebelum main.. tapi kali ni we ols puas hati la sebab habis satu Theme Park tu we ols terjah..  almaklumlah, tiket free! boleh dikatakan semua game we ols main.. sampai En. Husband surrender la.. pening - pening dibuatnya.. hahaha..

Thank you En. Husband.. Bawa Kami Lari Tepat Pada Masa! 
The Sewelness!
Kanak-kanak riang! #kbye
Me tak tau apa nama menatang ni.. tapi dok terkekek dengan bowdigat.. hadoww.. malam masih muda.. time ni En. Husband xmo ikut.. we ols pusing-pusing  jenjalan .. g Dangan Bay.. hihih.. 

Terima kasih TNB.. Terima kasih sebab beri tiket Free.. tak sabar nak tunggu Theme Park Animasi di Ipoh Perak dan Taman Tema di Genting (Under construction lagi).. woohaa!! tak payah dah g luar negara.. dalam negara ni pun dah banyak theme park.. bezanya luar negara datang musim sejuk, bulu-bulu roma pun terangkat.. tapi kalau Malaysia??? rasain!!!! nasib time kami pergi ni hujan rintik rintik air bergelora.. hehehe.. tapi balik Putrajaya, adik Me kutuk! hitam nye ko kak.. woii!! ni yang rasa nak makan Qu putih Qu putih barulah putih..  time tu hujan mendung hokay.. celah mana pulak berpanas terik sampai hitam ni.. pfffttt.. hadoowww.. im stress!!! xpelah.. hitam hitam si tampuk manggis.. yang penting hati tak hitam hokay.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! * disini kata "i miss u badLY" (pic gambar mata).. disinun pula kata "hye awak, boleh kita berjumpa?".. n lastly tetiba kang.. sayang.. im coming home.. im coming home (gittew).. ehhhh!!!! kevavian apakah ini???? y boder y boder??? pffttt.. #kbye

Hadamkan!

17 February 2016

~STEPS BENTONG PAHANG~

Hollaaa.. Assalamualaikum.. maju!! jaya!! maju! jaya! aku kaya aku kaya aku pasti kaya!!! ecececeewahhhh.. baru balik dari mencari dan menggali ilmu.. semangat nya berkobar-kobar.. uols layankan je la Me ni ya.. almaklumlah.. baru balik dari seminar.. semangat penuh jitu perlu ditonjolkan pada semua.. mana tau dengan semangat yang ditunjukkan ramai lagi usahawan-usahawan wanita amnya yang bumiputera muda belia ni berjaya dalam bidang usahawan kan..  maju! jaya!!! takbir!!! (muka semangat)... hahahaha.. kan Ome dah kata.. 4 minggu berturut-turut Ome bz.. n last week Ome bz hadir seminar meningkatkan keyakinan dalam perniagaan uols.. pst..pstt.. 4 minggu turut-turut jgk Ome cuti panjang.. ngeh.. ngeh.. ngeh.. orang lain 3 minggu je dapat cuti hari isnin.. Ome tambah cuti sendiri sebab 4 minggu ni memang jadual padat! tak boleh nak pk langsung hal orang lain kalau tak penting dalam hidup Ome.. alhamdulillah.. im trying my best! daebakkk!!!

I want to be a Laksawan!!!
Sebenarnya Ome baru balik dari Seminar Usahawan Bumiputera anjuran USAHANITA (Usahawan Wanita) dengna kerjasama Akademi Usahawan Mikro (AUM).. kalau uols nak tau STEPS ni bermaksud Scaling Up & Transformation of Women Entreprenuers Programme.. Seminar ini adalah seminar Khas untuk usahawan wanita bumiputera sahaja.. mampu??? sekarang ni sudah ada program-program khas untuk wanita-wanita bumiputra sahaja uols.. kalau bukan bangsa sendiri yang bekerjasama dan berganding bahu memajukan bangsa sendiri, nak suh bangsa mana lagi kan? bukan kata seminar ni racist ye uols.. tapi ini adalah satu seminar yang mana bangsa-bangsa melayu ingin berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain yang telah maju.. mcm Negara Jepun la kan.. klu uols tengok.. dorang ni lebih utamakan bangsa mereka dari bangsa-bangsa lain.. beli produk pun mesti kena beli dari produk bangsa mereka sendiri.. susah la kalau nak tengok bangsa Jepun ni nak gunakan produk dan barangan bangsa lain.. kalau ada pun ciput je wei.. so dengan adanya seminar ini, we ols boleh tengok betapa ramai sebenarnya usahawan-usahawan melayu bumiputra yang kian meningkat dari sehari ke sehari.. 

'THE 1ST THING YOU WANT TO DO IN ANY BUSINESS IS NOT TO BAD MOUTH YOUR COMPATITOR'
"DOA RESTU AYAH IBU"
"IN BUSINESS IF U ARE NOT NETWORKING YOU ARE NOT WORKING"
"TOUCH THE SOFT BUTTON OF THE BUYER"
"THERE IS NO 2ND CHANCE FOR THE 1ST IMPRESSION"

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa kedudukan perniagaan adalah merupakan suatu kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperolehi) melalui perniagaan"(Hadis Riwayat Tirmizi). Oleh yang demikian, sesiapa yang menjalankan urusan perniagaan sama ada kecil atau besar tetapi masih di dalam lingkungan perniagaan, mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW juga telah bersabda maksudnya: "Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan para syuhada"(Hadis Riwayat Tirmizi). Nampak tak?? Dalam islam pun telah mengatakan perniagaan merupakan pekerjaan yang baik.. pekerjaan yang boleh meningkatkan keuntungan dan bersama-sama meningkatkan ukhkwah di antara sesama kte.. btol dak? 

"SELAGI TIDAK JUMPA KEUNIKAN DALAM PERNIAGAAN ANDA, ANDA MASIH TIDAK BOLEH BERSAING"
AKU KAYA! AKU KAYA! AKU PASTI KAYA!

Serious! for me seminar ni sangat berbaloi-baloi.. dengan bayaran sebanyak RM110.00 sahaja sepanjang 3hari 2mlm (bayaran termasuk penginapan, makan minum, alat tulis)  kursus diberikan.. siapa nak bagi wei? dah ada peluang kan? grab la sayang-sayang.. Dengan hadir seminar ini, kte akan lebih terbuka.. dapat menambahkan networking (penting wei networking itu penting).. bukan pergi sana nak jual / promote produk barangan je uols.. banyak manfaat nya.. masa seminar ni ada kakak ni berpurdah lagi.. produk nya jual gula-gula gummy tu je uols.. tapi income? sebabnya gummy tu berasaskan makanan sunnah.. kurma, buah delima, madu.. Boleh dikatakan yang join seminar ni yang baru nak menapak dalam perniagaan.. tak bangga ke uols tengok usahawan bangsa melayu kte ni ada yang telah berjaya.. kalau uols tanya Me, memang Me cakap berbaloi-baloi.. bayangkan seminar ni harganya lebih dari RM2500++ tapi sebab pihak penganjur ni adalah USAHAWAN WANITA dibawah NGO jadi kte bayar pun sebanyak RM110.00 sahaja.. Kos yang lain? ditanggung uols.. mana nak dapat seminar murah macam ni? Yang pernah pergi Seminar harga beribu pon suggest pegi kursus ni...mereka akan pantau perkembangan kita dan akan bantu kita mana yang kita kurang. All in bengkel... takde product sendiri pon bole join...yang penting ada SSM.. mereka tak lepas tangan...in shaa Allah... (petikan dari hati my bowdigat).. pinjam ayat Mu ya bowdigat.. hehehe.. 

my bff, my sister, my bowdigat, my sewelnes :p

So apa tunggu lagi, uols ada peluang lagi.. sebab ada 3 tempat di Semenanjung Malaysia iaitu Melaka, Johor dan Kelantan penyertaan masih dibuka.. nak tahu lebih lanjut? klik link ni.. kat sini uols boleh dapat info yang lebih padat.. Join Them Now!!! Osem wei! Tak tipuu.. Osem bak ang!!! Selama 3h2m bukan sahaja di ajar bagaimana untuk berjaya dalam bidang perniagaan.. Ada juga diselitkan slot sendu.. slot ketawa bersama menangis bersama.. ku bersumpah harap kita mati pun bersama.. bukan time susah je baru nak nanges kan.. slot amalan harian untuk meningkatkan ketaqwaan kte kepadaNya pun diselitkakn dalam program ni.. padat!!! nak tau lebih lanjut? call/whatsapp depa sekarang.. woohhhaa!!!

Salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace!!! please la.. get a life! jangan waktu susah baru nak cari.. waktu senang kemain la update status bahagia.. New life.. Zimbawe life.. Bosnia Hezegovnia life la.. padahaL??? pffftttt... kalau bahagia alhamdulillah.. kalau tak bahagia??? lu pk la sendiri!!! #kbye


11 February 2016

~Tahniah Mok Yoh & Ismail~

Assalamualaikum.. Seperti biasa hari ni Ome nak update minggu ke3 weekend yang padat dengan aktiviti sempena cuti raya cina.. Minggu ke3 ni, Ome balik kampung mertua di Terengganu.. Disebabkan minggu ni adik ipar kawin.. kali ni balik sana memang dok dang nok g mana pong (tubik dah ganu die).. Kalu balik Terengganu,  mmg longhat Terengganu diguna pakai selama beberapa hari.. hohh laa.. dinung cakak ganu sokmo.. sawan ganu bawa sampai ke Putrajaya la.. nak2 En. Husband Me sejenis manusia yang memang cakap Terengganu plak dengan Puan Wife dia ni.. tak boleh nak move on cakap standard arh jadinya.. sampaikan bowdigat Me lening pun cakak Ganu ngn kteorang.. lawok ar mung nih bowdigat.. orang panah dering.. dia panah leting.. manih leting laaa.. panah dering.. berghakk.. berghakk.. keh keh keh.. Yang pasti minggu ni memang aktiviti padat! almaklumlah.. dinu masih lagi rewang.. gotong royong sesama jiran tetangga.. best best! masakan lauk gulai kawah.. ayam masak merah.. ikang singgang.. sayur labu ikang.. rojok buah (home made hokay) .. huk aloh.. sedaakk molekk! balik sana tak payah berangan la nak diet.. nan hado!! hihihi.. 

UPIN IPIN KATA BETUL BETUL BETUL!

Persiapan awal untuk balik Terengganu di musim Cuti Raya Cina dengan membeli tiket flight awal-awal untuk pulang ke kampung halaman En. Husband.. tapi apakan daya.. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.. ntah mana silap nya, malam sebelum flight, Ome tertido tanpa mengecas bateri hp.. padahal awal-awal lagi Ome dah set alarm jam nak bangun jam 4.30 pagi.. Allahukhbar.. bila terjaga dari lena nampak En. Husband kelam kabut tengok hp.. nah!!! hamikk kau.. flight jam 7.00 pagi jam 6.00 pagi baru bangun.. sudahnya nanges tepi bucu katil (hat ni tipu).. kah kah kah.. mengenang nasib.. dok mikir nak balik Terengganu naik apa.. check in memang awal-awal check in doh.. tapi masalahnya kalau naik bas buleh lagi nok kejar.. masalahnya naik kapal terbang.. Airasia pulak.. 6.20 pagi gate close.. dh tu memang ini makan dia laa kan.. tengok flight lain, seme mahal belaka.. sudahnya call adik ipar yang duk kat Bangsar.. wohaa!!! deal punya deal jumpa kat area rumah dia, terus gerak sama-sama balik Terengganu pagi tu jugaK! tapi kesedihan mereputan tidak berhenti disini.. memang dah agak dah.. setiap kali cuti perayaan comfirm sesak!!! jem!! dari sebelum tol Gombak sampai la Tol Bentong ambil masa 3 jam lebih nak sampai.. Ome sampai beberapa kali bangun tido bangun tido..  tanya sampai mana dah.. tengok sekeliling.. demN!! masih di KL.. ingatkan dah sampai sekurang2nya setengah perjalanan la kan.. pffttt.. akhirnya setelah 8 jam lebih mereput dalam kereta sampai la kami di Terengganu.. nasib dari Bentong ke Terengganu jalan hooouu liauuu.. . 1st time tertinggal flight wei.. dan-dan bateri hp mati.. En. Husband jangan cakap la.. memuncung la dia kan.. bodow bodow je derma pada AA. nasib tak mahal mana.. kalau tak nanges sungguh-sungguh guling-guling kat airport tu kowt.. huhuhu..

Selfie ciked! haha.. #jangankejamsaya #kbye

Anyway, Tahniah Mok Yoh & Mail.. Ini perkahwinan ke 11 adik beradik En. Husband.. ade lagi sorang lagi adik bongsu En. Husband yang belum kahwin.. apa? ramai? haahaha.. klu uols tengok rumah En. Husband lagi meriahh.. seronok wei!! Mok Yoh &  Mail, Semoga hubungan kalian berpanjangan hingga jannah.. Cik Fara doakan kalian bahagia dunia akhirat.. Kalau gaduh tu selesaikan cara molek deh.. biasa aar alam rumahtangga ni.. sedangkan lidah  lagi tergigit.. senduk lagi berantuk.. eceeewahh.. macam pakar motivasi.. hihih.. ehhh.. pejam celik pejam celik.. tahun ni masuk tahun ke-10 perkahwinan Ome dan En. Husband.. siyes.. rasa kejap sangat masa berlalu.. cuma impian yang satu itu belum dimakbulkan Allah lagi.. doakan Ome dan En. Huband diberikan zuriat yang sempuran sifatnya, sihat walafiat orangnya.. cukuplah untuk Ome melengkapi keluarga kecil Ome ni.. huhu.. Terima Kasih Sang Pencipta.. Terima kasih kerana memberikan segala nikmat di dunia ini.. Syukur alhamdulillah.. 

Tahniah!

Minggu ke3 selesai.. minggu ni ada lagi program yang Ome perlu hadir.. Aktiviti apa? tungguuu.. yang pasti menarik tertarik kau memang deboom.. demi masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang! daebakkk!!! hihihi.. salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! * Kakak! Bowdigat! BFF! Kesayang Me! Me doakan Mu lebih istaqamah dalam menjadi insan yang lebih baik untuk membawa dirimu ke Jannah.. Terima kasih kerana sentiasa bersama Me ketika susah mahupun senang.. sayang mu hingga akhir hayat Me.. thank you sista!!! i Love u!!! muaaahhhhhh #kbye

Taraa!!!! my new bowdigat.. muahh!!! semoga istiqomah sista!!! *im happy!!!*
Disebabkan me suka lagu melewe (cari dalam kamus).. bowdigat hantar lagu ni.. kah kah kah.. kalau ye pong agak2 la semek oi! ni lagu zaman tondan bila Mu dengar nih.. pffttt.. 

03 February 2016

~Family Day Ronin Motard Riders~

Hollaaa... Assalamualaikum.. Aummcakk! hehe.. minggu ke2 cuti panjang uols g mana? ehhh.. lupe.. orang Wilayah je dapat cuti direct 3 hari.. hahaha.. sabar sabar.. ada yang tinggal kat Selangor tapi keja kat Wilayah Persekutuan.. dapat la cuti.. ada yang duk Wilayah tapi bekerja di Selangor.. nak jugakk cutii! ehhh.. mana bley cuti.. tapi yang lagi kelakor yang tinggal kat Kedah Melaka tu.. bekerja pun di Kedah Melaka.. tapi nape cuti? takut kena bahan dalam group whatsapp kan kan? sebab dalam group whatsapp (khas untuk 30' series group) ramai orang Wilayah kan kan.. hahaha.. ok..ok.. jgn confused k.. kte kan 1 Malaysia.. Cuma cuti je berbeza-beza.. hihihihi.. *gelak jahat*


Awaaaakkk.. kte nak story mory pasal Family Day group motard kte.. walaupun buat masa sekarang kte tade motor lagi (masih dalam perancangan) kte tetap join group motor kte.. ehhh.. tak malu awaakk kata kte sebab tade motor? relax arh.. ade je yang takde motor ke hulur ke hilir ikut group yang ada motor tu.. apa salahnya kan kan.. selagi diterima oleh ahli2 group apa salahnya orang yang xde motor join sekaki.. atleast Me pernah juga ada motor suatu ketika dulu.. kan Me cakap.. masih dalam plan.. masih tengah berfikir.. nak beli sesuatu biar puas hati kan kan... xmo jadi mcm babyfoxieboo.. sian dia.. baru je setahun bersama-sama layari bahtera dengan Ome.. sekali ntah mana silapnya Ome g jual dia pada orang lain.. mesti dia sedih kan.. maaf ye babyboo.. huarghhh.. sedih oooo sebenarnya.. huhu..



Berbalik pada story hujung minggu lepas.. Ome sebagai salah seorang urusetia yang menguruskan acara sukaneka perlu handle sukaneka bagi Family Day kali ni.. muka Ome memang muka uruskan sukaneka.. dari Family Day Keluarga sendiri bawa kepada Family Day belah mertua sampai lah apa-apa event yang berteraskan Family Day.. memang muka Ome dorang dah cop awal-awal kena handle untuk sukaneka.. dah tu bila Ome dapat join dorang sukaneka kan? pfftttt.. Walau apapun, Ome gembira sebab diberi peluang untuk menguruskan acara ini.. Demi adik-adik ku Ome gagah jugak la.. 

We r Ronin Motard Riders!
Event kali ni we ols bergerak ke Port Dickson sahaja.. alhamdulillah setelah di sergah ditegah oleh admin2 seramai hampir 30 orang yang hadir Family Day kali ni.. Hampir sebahagian daripada group ni yang sama-sama join event kali ni.. serious Ome cakap tak tahan bebenor Ome dengan budak-budak ni.. Sakit usus,buah pinggang, ari2 Ome ni sepanjang berada kat sana.. uols memang rawk!!!! osem!!! thank you adik-adik sebab support event kali ni.. macam ni la baru wonderpet.. apa yang penting??? KERJASAMA!!!

Motard Group
tengok r prangai msg2.. sawan! hahaha
Sepanjang program 2h 1m tu memang happening sungguh la kan.. yang mana dah berkahwin pun boleh bawa isteri join family day ni.. ada juga yang bawa anak-anak.. dah kata Family Day kan.. Tak kesah pun uols nak bawa sesiapa pun.. yang penting saling hormat - menghormati.. dah lama ooo tak TTS dengan dorang.. bz dgn keje.. sekali jumpa hamik!!! macam-macam peel.. plan tahun ni dorang kata nak ride ke Thailand.. apakkk jauh eh.. ikutkan Chinese New Year ni ada yang nak ride ke Kelantan.. pffffttt.. klu naik keta pun dekat 7/8 jam kalau motard ni agak? tak tercabut punggung? huhuhu.. apapun semoga selamat pergi dan balik ye adik-adik.. ride safely.. raya-raya ni banyak kereta.. make sure ikut peraturan yang ditetapkan.. ride dengan berhemah.. in shaa Allah next ride, kak Ome join hokay.. tunggu chenta heart kuar dari garage kedai.. chenta heart? eh eh eh.. hahaha

Till we met again!
hadek2 Me yang gilak!
Gigirls Ronin! 

salam sayang teramat sayang.. KEGEMBIRAAN MADU LEBAH.. peace! * Aku harap dapat melupakan seseorang semudah tekan button delete.. ada tak button delete? teetttttt... tettttt... tettttt.. ok.. lupa daaaahh.. #kbye

Jauh.. terbawa lukisan hatimu..
Hilang.. mencari dimana kau pergi..
Tinggal.. aku menahan luka ini..
Sampai harusku pergi..

-POTRET-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...